REKAAN terbaharu kenderaan utiliti sukan (SUV), The Rezvani Vengeance yang diperkenalkan Rezvani Motors baru-baru ini mencetuskan sensasi dalam industri automotif.

Apa yang membuatkan ramai terpukau, jentera yang bakal menjadi perhatian dunia tersebut dibangunkan dengan teknologi kalis peluru.

Bukan itu sahaja, SUV mewah itu turut dilengkapi dengan ciri perlindungan letupan dan penglihatan terma malam.

Lapor Business Insider, Rezvani Motors membawakan kelainan pada varian terbaharu yang akan dipasarkan menjelang tahun 2023 dengan gaya lebih futuristik.

SUV mewah kalis peluru

Menurut artis digital, Milen Ivanov, konsep yang diserapkan pada The Rezvani Vengeance berkenaan adalah daripada desain kenderaan tentera semasa dan akan datang.

“Hasilnya bukan sekadar kenderaan biasa, tetapi lebih ultra agresif dengan penampilan mewah.

“Bukan sahaja menitikberatkan kekemasan luaran dengan pilihan rona serba hitam dan biru hitam, rekaan dalaman lebih luas dengan set kulit,” katanya.

SUV mewah kalis peluru

Bukan sahaja reka bentuk The Rezvani Vengeance diilhamkan daripada desain kenderaan ketenteraan, tetapi juga permainan video aksi.

Baca juga Model SUV paling dinantikan tahun 2022, pilihan nombor 1 memang power

Selain itu, idea rekaan kenderaan berperisai moden itu juga diambil daripada desain model asal Cadillac Escalade, keluaran General Motors.

Berikut perincian lain The Rezvani Vengeance:

SUV mewah kalis peluru

i) Ciri perlindungan gelombang Electronic Magnetic Pulse (EMP) dan keupayaan skrin asap.

ii) Dikuasakan turbo diesel V6 atau pilihan 690 kuasa kuda V8.

SUV mewah kalis peluru

iii) Setiap unit dilengkapi jaket kalis peluru, topeng gas dan interkom.

iv) Gaya lebih garang dengan roda 22 inci dan tayar tahan lasak 35 inci.

SUV mewah kalis peluru

Iklan

v) Sistem pemanas automatik pada semua kerusi tempat duduk dan sistem pengudaraan moden pada bahagian hadapan.

Menariknya, model dengan pengenalan standard V8 itu boleh memuatkan sehingga lapan orang dan mempunyai bumbung matahari panoramik.

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

Harga yang ditawarkan Rezvani Motors yang juga merupakan pengeluar dan pereka automotif sukan berprestasi tinggi terkemuka Amerika Syarikat itu bermula RM1,089,624.

SUV mewah kalis peluru

Memang hebat! Jentera kebal yang dikatakan sesuai digunakan ketika berada di negara yang sedang berperang.

Iklan

Tidak kurang juga, pilihan varian baharu buat peminat kereta ekstrem yang mahu menambah koleksi peribadi.

Bayangkan The Rezvani Vengeance meluncur laju di jalanan di Malaysia, mesti ramai yang berebut ambil gambarkan?

SUV mewah kalis peluru

Apa pun memang terbaik desain kenderaan tersebut. Nampak kemas dan perkasa di jalan raya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi