MODEL kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Chery, OMODA5 yang bakal diperkenalkan di Malaysia dipercayai boleh menyaingi industri automatif tempatan.

Unit pertama OMODA5 dibangunkan di kilang pengeluaran ibu pejabat Chery di Wuhu, China bermula 8 Februari lalu telah mengesahkan penyertaan mereka untuk pasaran global.

Pengerusi Chery, Yin Tongyue berkata, fitur baharu itu merupakan siri produk global pertama yang mewakili pandangan dan pemikiran syarikat di bawah era Chery 4.0.

Chery OMODA5

“OMODA 5 ialah model penting yang dibangunkan berdasarkan permintaan antarabangsa terutamanya untuk pengguna di Eropah dan pasaran pemanduan di sebelah kanan.

“Saya berharap piawaian baharu dari segi kepuasan pelanggan, daya saing, pemikiran digital dan kualiti, selain ciri inovasi yang dipertingkatkan akan disambut baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga SUV pertama GAC, GS3 tawar pengalaman pemanduan lebih selesa dan berkualiti

Chery OMODA5

Iklan

Chery OMODA5

Chery OMODA5

Jangan lupa follow kami di Instagram!

OMODA5 yang dibangunkan dalam tempoh 18 bulan itu menarik perhatian pengedar seluruh dunia selepas Pameran Auto Guangzhou 2021 baru-baru ini.

Iklan

Rusia merupakan destinasi pertama untuk jualan OMODA5, diikuti negara Eropah, Australia, Malaysia dan beberapa negara lain.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram rasmi Chery.