GAC Motor International Limited baru-baru ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak pertama, GS3 yang akan memberi saingan dalam pasaran segmen B di Malaysia.

WTC Automotif (M) Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar rasmi di negara ini selepas perjanjian pengedaran di antara kedua-dua pihak dimeterai pada 30 November tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holding Bhd yang juga syarikat induk WTC Automotif, Tan Keng Meng berkata, pihaknya berbangga apabila dipilih mewakili jenama automotif paling utuh di China itu.

“Peluang ini membolehkan pembeli tempatan merasai pengalaman pemanduan lebih selesa dan berkualiti bermula dengan GAC GS3 serba baharu.

GS3 GAC

“Varian ini juga merupakan model global yang berjaya dijual di 25 buah negara termasuk Malaysia dengan model pemanduan sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden GAC International, Zeng HeBin berkata, pihaknya menjangkakan sambutan  dalam kalangan pengguna tempatan amat menggalakkan.

“Apa yang pasti, gabungan gaya dinamik, aspek keselamatan, keselesaan kelas pertama, penjimatan bahan api dan prestasi terbaik diberikan kepada pengguna seluruh dunia,” katanya.

Baca juga Pilihan SUV dan kompak lebih dinamik dan menawan, Mercedes-Benz GLA serba baharu, memang sesuatu…

GS3 GAC

Berikut antara ciri terbaik yang ditawarkan GAC GS3:

Iklan
  • Rekaan Flaying Dinamic Wing 3.0 pada gril hadapan menyerlahkan lagi kemasan krom pada lampu utama jenis projektor.
  • Kemasan pada bahagian bawah bampar yang disambungkan dengan lampu kabus menjadikan penampilan kenderaan lebih menyerlah.
  • Tahap keselamatan pemanduan dipertingkatkan. Antaranya enam beg udara, pengesan titik buta, kawalan kestabilan elektronik, isyarat berhenti kecemasan dan amaran tali pinggang keledar untuk semua penumpang disediakan.
  • Sistem kawalan suhu bersama penapis PM2.5 untuk udara ruang kabin yang lebih segar.

Baca juga Seleksi CR-V edisi serba hitam lebih menawan, berikut ciri terbaik yang dipertingkatkan buat peminat Honda

Selain itu, GAC GS3 bukan sahaja mempunyai ruang kabin yang lebih luas dengan saiz 1,500 milimeter, tempat duduk belakangnya yang ergonomik turut menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

GS3 GAC

Dikuasakan dengan enjin 1.5 liter dengan Dual-CVVT dan teknologi kawalan pembakaran dalaman dipatenkan, model canggih berkenaan juga dilengkapi dengan enjin empat silinder yang mampu menjana kuasa 114ps dan tork 150Nm.

Iklan

Terdapat empat warna pilihan iaitu kelabu (lunar grey), putih (ivory white), perak (starlight silver) dan merah (rosefinch red).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Harga ditawarkan di atas jalan tanpa insurans bermula dari RM88,800 untuk varian standard dan RM96,800 bagi varian premium (pengecualian 50 peratus cukai jualan untuk kenderaan persendirian).

Untuk maklumat lanjut, layari www.gacmotor.com.my dan ikuti halaman Facebook GAC Motor Malaysia.