SEIRING dengan misi meningkatkan generasi siri Mate dengan teknologi lebih canggih, HUAWEI melancarkan peranti pintar dengan spesifikasi tambahan serba baharu, Mate 50 Pro.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, teknologi pengimejan kamera mudah alih HUAWEI tersendiri, XMAGE menjadikan Mate 50 Pro lebih berkuasa.

“Empat ciri teknikal diperbaharui iaitu sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan telah memecah standard sistem sedia ada,” kata mereka.

Selain itu, ciri mod super night, potret profesional dan super makro juga dikatakan melangkaui model terdahulu untuk kualiti imej terbaik dan jelas pada setiap foto.

huawei mate 50 pro

Berikut ciri-ciri lain Mate 50 Pro:

i) Dilengkapi 4,700mAh dan 66W HUAWEI SuperCharge.

ii) Ciri mod kecemasan bateri rendah yang menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dengan algoritma EMUI13.

Baca juga HUAWEI nova Y90 dilengkapi AppGallery dengan ciri tambahan, harga berbaloi hanya RM999

huawei mate 50 pro

iii) Teknologi SuperEnergy Boosting memaksimumkan penggunaan bateri telefon.

iv) Mate 50 Pro peranti pertama menggunakan EMUI13 untuk pengalaman Super Device dengan reka bentuk lebih estetik.

Baca juga Huawei Mate40 Series paling berkuasa, ciri-ciri yang ditambah baik memang puas hati…

huawei mate 50 pro

v) Penggunaan kaca tahan jatuh, KunLun lima bintang yang pertama dengan persijilan dari Switzerland SGS.

vi) Antirintangan air hingga 6 meter.

huawei mate 50 pro

Untuk maklumat lanjut, layari https://consumer.huawei.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi