INOVASI tetikus terbaharu, Zephyr Pro RGB yang didatangkan dengan ciri antipeluh pasti membuatkan kaki game tersenyum lebar.

Reka bentuk yang lebih maju dengan rekaan kipas bercahaya dan bersudut 45 hingga 180 darjah itu memberi suhu sejuk terus pada tapak tangan.

Menurut marsback.com, desain cengkerang dengan struktur terbuka membuatkan tangan pemain tidak lagi berpeluh, sekali gus boleh memberi fokus penuh dalam permainan.

tetikus antipeluh

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tambah unik, suis jenis Omron yang berkualiti tinggi membolehkan fitur hebat itu bertahan hingga 50 juta klik, sekali gus memberikan prestasi cemerlang sepanjang hayat.

Iklan

Tetikus yang ultra ringan seberat 69 gram itu mula dijual di pasaran global bermula pada harga RM247.