HONOR Malaysia baru-baru ini melancarkan dua peranti baharu, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Pad X8 untuk pasaran tempatan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, HONOR MagicBook X 16 tampil dengan inovasi lebih mengagumkan dari segi paparan, rekaan dan prestasi.

“Fitur jenis kompak dan berkuasa tersebut dijual pada harga bermula RM3,499 dengan ciri yang dipertingkatkan. Antaranya seperti paparan FullView HONOR 16 inci dengan bezel sempit 4.5 milimeter.

“Selain dikuasakan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-12, peranti baharu ini juga dimuatkan dengan dua core prestasi dan lapan core efisien bagi menghasilkan 4.4GHZ Performance-core Max Turbo Frequency,” kongsi kenyataan tersebut.

HONOR

Berikut spesikasi lain HONOR MagicBook X 16:

i) Ciri penyebaran haba lebih efektif dengan kipas besar, dwipaip haba dan sirip penyejuk 21 peratus lebih lebar berbanding model terdahulu.

ii) Dilengkapi bateri 60Wh yang mampu bertahan hingga 12 jam untuk tontonan video atau 10.5 jam untuk tugasan biasa.

Baca juga HONOR X6 dijual pada harga RM599 sahaja. Tahan lasak, jangka hayat bateri lebih lama

HONOR

iii) Hadir dengan tanda dagang Pensijilan TÜV Rheinland Cahaya Biru Rendah (Hardware Solution) dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free.

iv) Ditawarkan dalam warna Mystic Silver untuk versi 8GB + 512GB.

Sementara itu, HONOR Pad X8 versi 4G LTE pula dilengkapi slot kad sim dan hadir dengan paparan 10.1 inci. Ia ditawarkan pada harga RM899.

Baca juga HONOR buat kejutan tambahan, lancar MagicBook 14 dan Pad 8 dengan ciri lebih mantap

HONOR

Berikut ciri menarik HONOR Pad X8:

i) Paparan FHD 10.1 inci bagi nisbah skrin ke badan 80 peratus untuk gambaran lebih realistik.

ii) Memiliki dua pembesar suara amplitud tinggi dan sistem bunyi keliling 9.1-saluran.

Iklan

iii) Lengkap dengan ciri perlindungan mata untuk keselesaan pengguna sepanjang hari.

HONOR

iv) Pilihan warna Space Grey dengan spesifikasi 4GB + 64GB.

HONOR MagicBook X 16 mula dijual pada 18 November ini, manakala HONOR Pad X8 pula pada Jumaat ini.

Untuk setiap pembelian HONOR MagicBook X 16, hadiah percuma ditawarkan berupa beg galas HONOR, tetikus tanpa wayar dan prapemasangan Microsoft Office Home & Student 2021 bernilai hingga RM777.

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

Iklan

HONOR

Tidak ketinggalan, hadiah percuma Sarung Lipat HONOR Pad X8 bernilai hingga RM99 ditawarkan untuk setiap pembelian HONOR Pad X8.

HONOR

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.hihonor.com/my/ atau Facebook HONOR Malaysia atau Lazada atau Shopee.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi