APLIKASI paling trending di Malaysia kini, TikTok merancakkan lagi kempen #BeCyberSmart dengan memperkenalkan tip penting bagi melindungi ‘hati dan dompet pengguna’ daripada sebarang penipuan.

Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, bagi memastikan pengguna selamat daripada penipuan cinta dan siber, TikTok memperkenalkan @TikTokTips.

Pada masa sama, teknologi itu juga melaksanakan dasar perlindungan yang tidak membenarkan pengguna menghantar imej atau video melalui mesej secara langsung dan sentiasa mengemas kini garis panduan komuniti.

TikTok

Baca juga Menarik! Video TikTok kini berdurasi sehingga 10 minit

Iklan

“TikTok juga menggalakkan pemilik konten untuk memutuskan semua hubungan dengan segera sekiranya terdapat sesuatu yang tidak kena.

“Aplikasi ini turut membenarkan pengguna melaporkan terus sebarang kemusykilan ke pusat keselamatan kami,” kata Darren.

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain Apple Store, TikTok boleh dimuat turun melalui Google Play Store and Huawei AppGallery.