META Malaysia baru-baru ini melancarkan #JomCelikDigital Dengan Meta sebagai salah satu inisiatif meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan golongan sasar.

Bercakap mengenai program tersebut, Pengarah Negara di Meta Malaysia, Nicole Tan memberitahu, perniagaan masa kini banyak menggunakan teknologi sebagai kelangsungan operasi kerja dan keadaan itu menjadikan fungsi peralatan digital semakin penting.

“Penganjuran program ini selari dengan matlamat negara yang mahu mencapai agenda rangka tindakan ekonomi digital sekali gus menjadi pusat e-dagang di rantau ini.

Meta #JomCelikDigital

“Justeru, kami menyediakan akses yang adil kepada sumber data supaya rakyat Malaysia dapat meningkatkan daya saing dalam dunia digital khususnya mereka di pedalaman dan B40,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz berkata, inisiatif tersebut selari dengan program MDEC iaitu #SayaDigital.

Baca juga Meta nama baru Facebook, berikut 10 info mengenainya

“Penganjuran ini bukan sahaja memberikan kemahiran digital untuk berkembang lebih jauh, bahkan sebagai daya pemacu ekonomi digital Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Meta #JomCelikDigital

“Pendekatan ini diharap dapat membantu rakyat terdiri daripada pelajar, pengusaha industri kecil dan sederhana (PKS) membina kemahiran serta pengetahuan digital yang diperlukan,” katanya.

Berikut perincian empat program tersebut:

Meta #JomCelikDigital

1. Meta Boost

  • Lebih fokus kepada bengkel pendidikan percuma dan direka khas untuk memperkasakan lebih 1,000 PKS yang terjejas wabak Covid-19 di seluruh negara.
  • Kemahiran digital membantu mereka meningkatkan enggagement lebih berkesan termasuk latihan kelolaan rakan program.

Baca juga Bazar Ramadan Facebook meriah dengan pelbagai iklan menarik!

Meta #JomCelikDigital

2. ‘Pasar’ WhatsApp

  • Sasarkan lebih 1,000 pemilik perniagaan kecil dan mikro.
  • Bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi WhatsApp Business untuk mendigitalkan perniagaan menerusi platform yang mudah.
  • Ciri yang diperkenalkan seperi katalog, balasan mesej secara automatik dan membina profil perniagaan.

Meta #JomCelikDigital

Iklan

3. Instagram Academy

  • Program latihan ini direka untuk memberi sokongan kepada lebih 1, 000 usahawan dan PKS tempatan.
  • Ciri Instagram lebih mesra pengguna dengan enggagement tinggi.
  • Contohnya melalui video pendek seperti Reels.

Meta #JomCelikDigital

4. Facebook Blueprint Higher Education Program

  • Sasar 1,000 pelajar dan 500 pentauliahan dalam Blueprint Digital Marketing Associate Blueprint DMA.
  • Bengkel dikendalikan oleh Blueprint Certified Lead Trainers yang mana melayakkan peserta menjadi Meta Certified Digital Marketing Associate sebagai kelebihan untuk profil atau resume masing-masing.

Menarik lagi, program Blueprint Training berjaya menjalinkan kerjasama dengan 2,000 jurulatih e-Usahawan MDEC dan melatih lebih 5,000 PKS pada tahun 2019.

kempen Let’s Learn Digital MDEC

Pada tahun 2021, Meta Malaysia menerajui kempen Let’s Learn Digital MDEC untuk menjayakan pensijilan dalam pemasaran digital untuk pencari pekerjaan dan PKS di Malaysia.

Iklan

Setakat ini, Meta Malaysia telah melatih hampir 2,000 pelatih dan melahirkan 1,054 jurulatih bertauliah.

#JomCelikDigital Dengan Meta dilaksanakan secara berperingkat bermula 14 April lalu dan layari https://jomcelikdigitaldenganmeta.splashthat.com/ untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI