KAMERA papan pemuka (dash cam), Vantrue N4 diiktiraf sebagai antara peranti terbaik di dunia kerana dilengkapi dengan ciri premium yang memenuhi kehendak pengguna, lapor New York Times baru-baru ini.

Akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat itu berkata, penelitian yang dijalankan terhadap 360 model dan uji kaji terhadap 52 gajet mendapati, Vantrue N4 ialah model paling mudah dari segi penggunaan dengan fungsi yang pelbagai.

Model keluaran China itu memiliki resolusi 2,160 piksel dalam kamera utama dengan ciri penglihatan malam dan sistem pemantauan parkir selama 24 jam.

Vantrue N4

“Selain kamera hadapan, kamera yang terbina dalam (built-in) dan di bahagian belakang juga mampu merakam pergerakan kereta dari tiga sudut perspektif berbeza.

Baca juga “Jangan ingat kereta kecil tak ada kamera…” Wanita dedah rakaman dash cam bantu kesan pelaku langgar lari

“Saiz Vantrue N4 ini lebih kompak dan tidak mengganggu pandangan pemanduan, selain paparan skrin bersaiz 3 inci yang terang serta mudah dibaca,” kata laman web tersebut itu lagi.

Vantrue N4

Berikut spesifikasi tambahan Vantrue N4:

i) Perlindungan penuh dengan ciri lensa kamera belakang boleh putar pada jarak 360 darjah.

ii) Lensa kamera dalam boleh ditegakkan pada sudut 45 darjah.

Iklan

iii) Mampu merakam lokasi, kelajuan pemanduan dan laluan semasa dengan ciri penjejak data GPS.

Vantrue N4

iv) Ciri time lapse membolehkan perakam papan pemuka menyimpan lebih banyak fail video dengan rakaman selang masa.

Iklan

Harga dijual bermula RM1,190 dan boleh didapati melalui https://www.vantrue.net/ atau platform Amazon.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi