KEPINTARAN telefon mudah alih semakin hari semakin diyakini, apatah lagi dilengkapi ciri teknologi lebih advance demi memuaskan hati pengguna.

Tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan teknologi, Vivo antara jenama yang sering menjadi sebutan apabila berjaya mempamerkan prestasi cemerlang dalam pasaran global.

Pencapaian luar biasa tersebut didedahkan dengan kajian yang dijalankan Counterpoint Research Market Pulse untuk pasaran China baru-baru ini.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, firma penyelidikan global yang mengkhususkan kepada produk industri teknologi, media dan telekom mendedahkan data cukup menggembirakan.

vivo

Dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa Vivo muncul sebagai jenama telefon pintar terbesar di pasaran China pada tahun 2021.

"Merujuk data yang diperoleh, Vivo menunjukkan prestasi cemerlang dengan peningkatan syer pasaran sebanyak 22 peratus berbanding 17 peratus pada tahun terdahulu.

Baca juga Hebat! Vivo Siri X60 lebih canggih dengan teknologi ZEISS, gambar persis jurukamera profesional

"Peningkatan tersebut sekali gus mewakili kadar pertumbuhan memberangsangkan dari tahun ke tahun sebanyak 21 peratus," kata jenama tersebut.

Iklan

Tidak hanya itu, didorong jualan luar talian yang kukuh dan ditambah strategi portfolio produk yang cukup meluas, jenama popular China tersebut berjaya menduduki tempat kedua dengan 19 peratus syer pada suku keempat tahun 2021.

vivo

Menurut International Data Corporation (IDC), Vivo turut mencatatkan perkembangan syer pasaran global kepada 9.5 peratus.

Iklan

"Peningkatan itu meliputi peningkatan 14.8 peratus jumlah penghantaran iaitu sebanyak 128.3 juta unit pada tahun 2021 berbanding 111.7 juta unit pada tahun sebelumnya."

Seiring tagline 'Joy of Humanity', Vivo secara proaktif menganalisis permintaan asas pengguna dengan menumpukan inovasi teknologi secara berterusan.

Baca juga Siri Y31 lebih bergaya dengan dua warna 3D, dilengkapi dengan AI Triple Camera

Pengenalan Siri Vivo X70 dan V23, misalnya menjadi bukti kesungguhan jenama tersebut dalam meningkatkan spesifikasi sistem kamera yang lebih canggih buat peminat fotografi.

Dalam kenyataan media tersebut, jenama itu turut menekankan bahawa pihaknya akan lebih menumpukan kepada sistem pengimejan, reka bentuk, pengendalian prestasi untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk mampan demi menyaingi pasaran yang semakin sengit.

vivoSebagai contoh, cip pengimejan V1 yang menjadi rekaan pertama Vivo mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan sekali gus melengkapkan ciri pintar pada siri X70.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Selain itu, Vivo juga memperkenalkan ciri OriginOS Ocean yang dinaik taraf sepenuhnya pada Disember 2021 demi memberikan pengalaman optimum kepada pengguna.

Demi memanfaatkan lebih daripada 10 pusat R&D yang memfokuskan pembangunan 5G, kecerdasan buatan dan teknologi pengimejan, Vivo menyasarkan lebih banyak inovasi produk termaju dan lebih hebat pada tahun ini.