BUAT pertama kalinya, Volvo Car Malaysia memperkenalkan model estate plug-in hibrid (PHEV) terbaharu, Volvo V60 Recharge T8 yang lebih versatil dan moden.

Pengenalan varian lebih canggih untuk pasaran tempatan dikatakan mampu mengimbangi prestasi dan fungsi dinamik yang ditonjolkan jenama terkemuka Sweden itu, kata Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump.

“Sudah menjadi aspirasi kami untuk memiliki barisan kenderaan elektrik menjelang tahun 2030 nanti seiring masa depan lebih mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menariknya, bukan sahaja reka dalaman mewah cuba ditonjolkan demi memenuhi gaya hidup moden zaman sekarang, ciri serba boleh dengan gabungan teknologi plug-in hibrid telah menjadikan model baharu tersebut berada dalam kelasnya tersendiri.

Volvo V60 Recharge T8

Iklan

Baca juga Volvo gabungan Modenas Jaguh ala-ala ‘food truck’ berjaya curi tumpuan pelanggan

Baca juga Tawaran luar biasa menanti pembeli varian Volvo sedan terbaharu

Iklan

Berikut ciri lain yang diperkenalkan:

  • Enjin petrol Drive-E V60 Recharge T8 dilengkapi dengan pengecas turbo dan pengecas super yang menghasilkan output 320hp dan 400Nm tork.
  • Gabungan motor elektrik menghasilkan output maksimum 407hp dan 640Nm tork.
  • PHEV serba boleh mengeluarkan pelepasan gas karbon monoksida sangat rendah dan boleh bergerak hingga 49 kilometer sekali cas penuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Volvo V60 Recharge T8 dijual pada harga bermula RM287,474 dan boleh ditempah melalui pengedar sah seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus berkunjung ke bilik pameran atau layari www.volvocars.com/my.