INOVASI kereta terbang, JetRacer yang diperkenalkan jurutera Perancis, Franky Zapata baru-baru ini mencipta fenomena baharu dalam industri automotif dunia.

Zapata menerusi portalnya menyebut, JetRacer merupakan pesawat ringan yang dikuasakan oleh 10 enjin jet mikro turbo dan boleh terbang setinggi 3,000 meter.

“Bukan sahaja berupaya memecut pada kelajuan 250 kilometer perjam, kereta terbang tersebut boleh membawa muatan maksimum 200 kilogram.

“Jentera ringan itu dibina dengan casis jenis modular yang boleh disesuaikan untuk keperluan orang awam atau ketenteraan, selain boleh dikawal pada jarak jauh,” katanya.

Jetracer

Menariknya, fitur baharu tersebut memiliki sistem kritikal direka bentuk bagi menghadapi tahap keselamatan kawalan profil tinggi khususnya untuk keperluan pertahanan sesebuah negara.

Terdahulu, Zapata atau terkenal dengan jolokan The Flying Frenchman turut mendedahkan beberapa siri inovasi mengagumkan.

Baca juga Dari jalan raya ke udara kurang 3 minit, kereta terbang AirCar bakal dijual dalam masa 12 bulan

Jetracer

Antaranya Flyboard Air dan EzFly iaitu teknologi jet ski terbang.

Meskipun harga JetRacer belum diumumkan lagi, namun Zapata memberi peluang kepada 25 daripada 100 peserta pertama untuk mencuba memandu jentera futuristik tersebut sempena kempen ujian penerbangan yang diadakan di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Jetracer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan