Home Hiburan Kemalangan sebelum temu duga, Erma Fatima tersentuh kecekalan seorang pemuda

Kemalangan sebelum temu duga, Erma Fatima tersentuh kecekalan seorang pemuda

0
Kemalangan sebelum temu duga, Erma Fatima tersentuh kecekalan seorang pemuda

KAU lulus temu duga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik,” demikian luah pengarah dan pelakon terhebat, Erma Fatima terhadap seorang calon temu duga yang gigih datang ke pejabatnya meskipun terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Erma Fatima berkata, pemuda itu terlibat kemalangan langgar lari dengan sebuah kenderaan semasa dalam perjalanan untuk menghadiri temu duga di pejabatnya.

“Sebak mendengar kerana dia masih datang dalam keadaan berdarah. Terketar-ketar dia depan aku menahan sakit.

“Suruh dia pergi hospital namun tetap paksa aku temu duga dia. Memang kau sangat cekal dik, susah nak dapat orang secekal ini,” tulisnya di entri Instagram miliknya.

Jelas pelakon drama bersiri Mak Cun, pemuda terbabit mengalami patah rusuk dan hati bengkak.

“Dia mesej kata mungkin sebulan lagi akan pulih dan suruh bagi jawatan itu kepada orang lain.

“Akak akan tunggu, kau lulus temu duga ini bukan kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik.

Iklan

“Begitulah juga dedikasi kau dalam mencari rezeki,” katanya mendoakan pemuda itu agar lekas sembuh.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ibu kepada pemuda bernama Ahmad Muzammil itu. Malah rata-rata pengikut Erma juga mendoakan pemuda itu cepat sembuh.

Iklan

https://www.instagram.com/p/CBmUYRXjLq5/?utm_source=ig_web_copy_link