Tidak mahu tangguh, Siti teruskan perancangan dapatkan anak kedua

July 4, 2020
Oleh Wawann Mohd

MESKIPUN dengan pembikinan dan seterusnya promosi album baharu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tidak akan menangguhkan perancangannya untuk mendapatkan anak.

Siti, 41, yang ditemui ketika pelancaran album ManifestaSiti2020 di The Sphere, Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini, berkata, dia masih lagi dalam usaha untuk menambah zuriat sebagaimana dirancang sebelum ini.

Iklan

“Perancangan anak dan keluarga tidak akan ditangguhkan, malah diteruskan tanpa sebarang masalah.

“Saya memang sudah bersedia untuk mendapatkan cahaya mata kedua sama ada secara normal ataupun menerusi rawatan.

“Kerja berjalan tetapi perancangan untuk anak juga sama. Saya tak mahu lambat-lambatkan, usia pun bukan makin muda,” ujar Siti.

Iklan

Terdahulu sebelum itu, Siti pada Februari telah menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk dirinya hamil lagi.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Iklan

 

(FOTO: Rosli Talib & Instagram DS Siti Nurhaliza)

Iklan

About Wawann Mohd

Biodata Penulis
Iklan