Timun bukan setakat sedap dimakan dan letak di mata
KITA sedia maklum, timun banyak digunakan untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Namun sebenarnya bukan itu sahaja khasiat timun ini, banyak lagi.
Berikut antara khasiat yang anda boleh perolehi daripada timun.
1. Membunuh bakteria dalam mulutMinum jus timun dapat menyegarkan dan menyembuhkan sakit gusi. Selain dapat menyegarkan nafas, anda juga boleh ambil hirisan timun dan letakkan di lelangit.
2. Merawat masalah kulit
Sifat timun yang tinggi mineral dan sejuk amat sesuai dijadikan masker muka. Ia mampu merawat kulit di samping menegangkan kulit muka.
3. Menyihatkan rambut dan kukuKandungan silika dan mineral dalam timun mampu menyihatkan dan mengilatkan kuku. Caranya cuci rambut dengan air timun dan cuci bersih dengan syampu dan air bersih. Manakala untuk kuku boleh gosokkan kuku dengan menggunakan bahagian dalam timun.
4. Ubat sembelit
Minum jus timun dapat membantu masalah sembelit. Ini kerana timun yang tinggi mineral dan serat mampu melancarkan sistem pencernaan tubuh badan.
Selamat mengamalkannya agar kehidupan anda lebih sihat.
Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Maskulin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang