Tip cuci sendiri toto guna dobi layan diri. Kena pandai pilih suhu air, pengering yang sesuai

SETIAP kali nak cuci toto atau comforter, ramai yang memilih untuk menghantar ke dobi memandangkan ketebalan dan saiznya yang besar.

Sementelah, cara cucian yang betul juga penting. Jika tersalah teknik, silap hari bulan cucian tak bersih.

Memandangkan sekarang banyak terdapat dobi layan diri, tak perlu lagi kalian hantar ke dobi biasa yang mungkin mengambil masa untuk disiapkan.

Lebih baik cuci sendiri dan terus siap hari yang sama. Cuma, tidak boleh semberono dalam menggunakan dobi layan diri. Harus tahu cara dan teknik yang betul.

Iklan
Iklan

Baca lagi ‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Cucian tersebut tidak sama seperti mencuci pakaian yang dimasukkan terus ke dalam mesin cucian.

Berikut SinarPlus kongsikan tip mencuci menggunakan dobi layan diri yang dimuat naik Bubble Laundrette Station 18 menerusi laman Facebook miliknya.

Berikut beberapa panduan yang anda perlu praktikkan:

1. Periksa label pada comforter untuk memastikan ia sesuai untuk cucian mesin dan suhu air yang dibenarkan.

2. Pastikan tiada bahagian yang terkoyak atau tetas jahitan. Ini bagi mengelakkan bahagian yang terkoyak menjadi lebih besar.

3. Pre-wash iaitu cuci kotoran yang kelihatan (stain) menggunakan cecair pencuci.

4. Masukkan comforter ke dalam mesin basuh.

5. Untuk cucian yang lebih berkesan, guna mesin basuh yang besar dan satu mesin basuh untuk satu comforter.

6. Pilih suhu basuhan mengikut kesesuaian fabrik. Untuk pelanggan yang ada masalah alahan, dicadang menggunakan cucian air hangat atau panas untuk membunuh hama (dust mite).

7. Masukkan sabun dan pelembut fabrik di bahagian saluran masuk (inlet) masing-masing. Gunakan sabun yang lembut (mild).

8. Selepas selesai cucian, keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu yang tinggi (high temperature) atau mengikut kesesuaian fabrik. Suhu pengeringan yang tinggi juga boleh membunuh hama.

9. Untuk pengeringan yang lebih efisien, guna mesin pengering yang besar dan satu mesin pengering untuk satu comforter.

10. Periksa kekeringan comforter sebelum pusingan tamat. Tambah tempoh masa pengeringan mengikut keperluan.

12. Masa pengeringan yang dicadangkan adalah 27 hingga 30 minit. Pastikan fabrik kering sepenuhnya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat.

Baca lagi Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Gambar sekadar hiasan

12. Cara lain adalah dengan menjemur comforter di bawah cahaya matahari yang terik selama beberapa jam untuk mengeringkannya.
Mudah bukan, selamat mencuba!

Sumber: Facebook Bubble Laundrette Station 18

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Dijangka lagi 2 minggu bersalin, Shila Amzah kongsi masuk wad akibat masalah darah rendah. ‘Pergi check up kena tahan’

PENYANYI Shila Amzah berkongsi perkembangan terbaharunya yang kini ditahan di hospital akibat masalah darah rendah.…

5 hours ago

Isu sumbang mahram hingga hamil dalam drama Lelaki Itu raih perhatian. Pakar ini kongsikan penjelasan tentang keguguran anak dalam kandungan

BAGI anda yang mengikuti drama bersiri Lelaki itu, isu sumbang mahram yang dipaparkan mendapat reaksi…

8 hours ago

Hidap jantung berlubang sejak 2016, pelajar Tingkatan Dua maut merentas desa

MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Diadakan setahun sekali,…

23 hours ago

Kronologi beras, tepung, sardin dibuang di tapak pelupusan sampah hingga dikutip orang, 10 fakta sebenar perlu tahu, rupa-rupanya…

BARU-baru ini tular beberapa gambar serta video yang memaparkan sejumlah beras dan makanan mentah seperti…

1 day ago

‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

'Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.' Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja SAMBUTAN…

1 day ago

Tergamaknya! Asbab calar kereta, 3 beradik kematian ibu dihalau & dihina runtun hati warga maya

'TERGAMAKNYA buat kepada darah daging sendiri'! Demikian komen warga maya yang mengikuti video tular remaja…

1 day ago