LESUNG batu yang selalu digunakan akan membuatkan ia menjadi tumpul. Proses menumbuk bawang, cili atau sambal belacan jadi tidak lancar gara-gara lesung dan anak lesungnya yang semakin menumpul.

Mak-mak kita memang setia sejak dari dahulu dengan lesung batu walaupun sudah ada pengisar.

Jadi, macam mana nak ‘tajamkan’ lesung batu ini eh? Jangan pandang mudah, walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak.

Barulah feel nak makan sambal belacan kalau ditumbuk guna lesung batu!

Macam mana nak jaga dan tajamkannya?

Bahan 1: Garam kasar

Caranya:

1) Caranya mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.

2) Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.

Bahan 2: Kulit kerang

Caranya:

1) Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang sehingga hancur dan bersihkan permukaannya.

2) Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar.

Iklan

Tip jaga lesung batu

Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk jadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga. Anda boleh cuba tip ini.

1) Dibasuh bersih

Selepas menggunakan lesung batu terutama apabila menumbuk kunyit juga cili padi, pastikan dibasuh dengan bersih untuk menghilangkan bau dan warna-warna yang meninggalkan kesan pada lesung batu. Sekiranya bau melekat kuat, anda boleh menggunakan air limau kasturi atau limau nipis untuk menghilangkan baunya.

Iklan

2) Pastikan bahagian bawah batu lesung kering

Telungkupkan lesung batu selepas dibasuh supaya tiada air bertakung di bahagian bawahnya. Anda juga boleh menjemur atau mengelap bahagian bawah lesung batu sebelum disimpan.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH