PERCUTIAN adalah momen paling indah buat mereka yang suka travel. Ia akan menjadi lebih menyeronokkan apabila anda bercuti bersama rakan-rakan yang satu kepala dengan anda.

Nak cari geng satu kepala ini susah tapi Sinar Plus ada tip bagi mereka yang mahukan percutian yang biasa-biasa menjadi ‘gila-gila’.

Tip pilih kawan untuk jadikan percutian anda best giler
Bawalah kawan yang gila-gila, pasti percutian anda akan jadi best giler
  1. Kawan yang ‘gila-gila’.

Jangan hancurkan percutian anda dengan membawa kawan yang serius dan tidak boleh bergurau.

Kita mahu relekskan diri dan enjoy ketika mengembara di negara orang. Sudahlah stres dengan kerja, bila bercuti stres pula dengan rakan travel.

Jadi, bawalah kawan yang boleh bergurau, yang suka melawak, suka buat anda ketawa dan kawan yang jenis ‘masuk air’.

  1. Happy go lucky.

Kawan yang ceria akan menceriakan hari anda.. haaa gitew! Pilihlah kawan yang boleh membuatkan anda tersenyum gembira sepanjang percutian.

Bila dia seorang ceria pasti sikap positifnya akan merebak ke dalam diri anda.

Ini kerana percutian itu kadang-kadang memenatkan kerana perjalanan yang panjang. Jika kawan anda seorang yang ceria, pasti mood anda happy sepanjang hari.

  1. Bukan kaki sentap.

Kita nak pergi bercuti sebab nak release tension kan. Tapi kalau bawa kawan yang beremosi dan mudah sentap ini mesti tak best kan. Dah la kuat sentap lepas tu nak merajuk bagai. Eeee.. penat lah nak layan orang macam ini.

Makanya bawalah kawan yang bersikap tenang dan tidak beremosi dalam setiap perkara.

  1. Serasi dan satu kepala.

Kawan yang serasi dengan anda akan menjadikan percutian lebih menyeronokkan. Bila anda suka shopping, dia pun suka shopping. Bila anda suka makan, dia pun suka makan. Barulah best! Tidak lah anda pening kepala nak fikir aktiviti apa semasa bercuti. Bila sekepala, semua benda yang anda buat, pasti menjadi!

Tip pilih kawan untuk jadikan percutian anda best giler
Kawan yang jenis pandai ambil gambar akan menjadikan gambar anda lebih menarik
  1. Suka bergambar dan pandai ambil gambar.

Ini jenis kawan yang sangat diharapkan dalam setiap percutian. Kalau bercuti sudah pasti kita mahu merakam gambar sebagai kenangan. Jadi, siapa yang nak kita harapkan selain rakan travel.

Kalau dapat kawan yang jenis pandai ambil gambar dan hasil bidikannya membuatkan gambar anda luar biasa, maka bawalah dia. Yang gemuk boleh jadi kurus, yang pendek boleh jadi tinggi dan yang hodoh pasti jadi lebih cantik. Giteww!

  1. Tidak kedekut dan suka belanja.

Bila bercuti pasti ada bajet yang kita peruntukkan sepanjang percutian. Tapi kalau kawan yang sejenis berkira sampaikan satu sen pun dia berkira, maka tak payah la anda pergi travel dengannya. Cari lah kawan yang boleh keluar duit dan tidak kisah tentang kos dan bayaran percutian.

Iklan
  1. Suka makan dan mencuba makanan baru.

Haa kawan begini memang best. Setiap kali bercuti dia akan fikir makan je. Jadi, dia akan selidik makanan apa yang menarik di negara tersebut.

Kawan begitu memang best kerana tidak akan membuatkan anda kelaparan dan tahu makanan yang sedap dan unik untuk dicuba.

Tip pilih kawan untuk jadikan percutian anda best giler
Penakut tapi berani mencuba. Pasti percutian anda lebih menyeronokkan
  1. Penakut tapi berani mencuba.

Kawan jenis penakut tetapi berani mencuba juga bagus dijadikan kawan mengembara. Ini kerana anda berjaya menangani ketakutannya untuk mencuba sesuatu yang baru.

Sebagai contoh, kawan yang takut ketinggian tetapi anda bawa hiking dan aktiviti di tempat tinggi, ia pasti menyeronokkan!

  1. Kaki travel dan suka mengembara.

Mereka yang suka travel mempunyai satu sikap iaitu suka menyelidik negara yang ingin diterokai. Kawan jenis ini akan menjadi penasihat yang baik kerana banyak ilmu dan tip yang akan diperolehi darinya. Paling best, golongan ini akan membawa anda ke lokasi yang tidak ramai tahu.

Iklan
  1. Bukan melancong tapi backpacker.

Don’t be a tourist, be a traveller! Haa itu adalah kata-kata yang sesuai buat mereka yang suka mengembara. Jangan bawa kawan yang acah-acah pelancong dan retis hingga semua benda dia nak perfect.

Bawalah kawan yang boleh bersama dalam apa jua situasi seperti boleh menginap hotel bajet, boleh naik bas, boleh makan tepi jalan dan boleh hidup susah di negara orang. Pasti percutian anda lebih bermakna!

Tip pilih kawan untuk jadikan percutian anda best giler
Pilih la kawan yang serasi untuk mencipta kenangan indah di setiap percutian anda

Kredit penulis- HAMIZAH BASIR