PENYANYI  dan komposer, Faizal Tahir meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap orang ramai yang mengambil mudah terhadap penularan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Menurut perkongsian video yang dimuat di laman Instagram miliknya semalam yang memperlihatkan orang ramai sedang berasak-asak di sebuah restoran ketika PKP, Faizal menyifatkan rakyat Malaysia seolah-olah tidak takut dengan Covid-19.

Penyanyi yang baru sahaja tampil dengan single Sumandak itu turut tampil membuat penjelasan lanjut berkenaan kenyataan yang dimuat naik itu menerusi Instagram Live (IG Live) pada sebelah malamnya.

"Saya nak minta maaf banyak-banyak atas penggunaan bahasa yang sedikit kasar sebelum ini menerusi dua post saya yang terdahulu dan saya akan delete post tersebut.

"Saya faham yang kita sudah 40 hari lebih tak boleh keluar rumah, walaupun bukan 100 peratus tak boleh keluar rumah kerana saya pasti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu, ada yang keluar rumah untuk membeli barangan keperluan.

"Pada 1 Mei Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei, namun hari ini (Ahad) baru 3hb, saya lihat satu restoran ini berpusu-pusu orang pergi beli makanan.

"Takkan tak boleh tunggu lama sikit. Kalau kita boleh bertahan sedikit, mungkin kita boleh beraya seperti biasa. Saya faham dah lama tak keluar rumah, saya pun stress. Tapi keluarlah ke laman rumah untuk ambil udara segar sahaja,” luahnya.

Tambah Faizal, orang ramai sepatutnya merasa bersyukur kerana Malaysia tidak seteruk negara lain.

"Bersyukurlah! Ada ramai lagi orang dalam keadaan sangat teruk yang sudah kena lockdown bertahun-tahun seperti seperti di Syria, Gaza dan lain-lain.

"Tolonglah jangan memberi risiko kepada nyawa orang lain. Kalau anda buat begitu dan kena pada diri sendiri, anda yang tanggung dan tanpa berjangkit pada orang lain saya tak kisah. Namanya pergi mencari masalah.

Iklan

"Saya faham niat baik bawa balik makanan untuk keluarga, tapi kalau anda bawa balik virus, apa yang akan jadi? Sebab virus ini tak nampak. Cuba virus tu nampak, kita mesti tak akan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal juga meminta orag ramai agar terus bersabar menjalani PKP demi untuk kebaikan semua.

"Takkan tak boleh tunggu sikit lagi, esok baru 4hb. Kerajaan baru longgarkan sedikit. Janganlah terburu-buru, sabarlah.

"Tolonglah fikir pada frontliners. Sepatutnya mereka yang tak sabar ini, jadi frontliners, baru mereka faham apa yang frontliners lalui. Masih ada kematian dan kes baru yang banyak dalam masa dua hari ini.

Iklan

"Ini adalah tanggungjawab kita bersama. Setiap orang dalam masyarakat kita memainkan peranan. Semua kena kongsi tanggungjawab,” katanya.

Tidak hanya itu, Faizal berkata, dua juga mengambil tanggungjawabya sebagai seorang public fugure untuk sentiasa memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Saya juga meletakkan kesalahan kepada diri saya sendiri. Mungkin sebagai public figure, tak cukup beri kesedaran kepada orang di luar sana terutama menerusi saluran media sosial saya.

"Saya hanya akan bersuara apabila saya rasa saya perlu bersuara dan ini salah satunya kerana ini melibatkan soal nyawa orang.

"Kita belum menang. Semua orang main peranan. Tolonglah bersabarlah sedikit saja lagi. Patuhi arahan, saling bantu membantu.

“Esok (Isnin) ramai yang sudah masuk kerja, saya doakan yang baik-baik buat mereka. Kita jaga diri semua orang,

"Islam mengajar kita biarlah masuk akal apa yang kita buat dan tak susahkan orang lain," katanya.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Faizal Tahir)