REKA bentuk kereta bersaiz mini yang comel semestinya mempunyai peminatnya tersendiri.

Meskipun kecil, spesifikasi jentera setiap model yang dikeluarkan bukan calang-calang.

Selain berkuasa tinggi, kenderaan jenis itu dipacu dengan tenaga elektrik yang mesra alam.

Pemerhati industri menyifatkan, reka bentuk dan desain ikonik kereta berkenaan memberi satu pengalaman yang baharu kepada pemandunya.

kereta mini elektrik

Kata mereka, memandu kereta mini umpama memandu sebuah go-kart, namun istimewanya, tiada sebarang bunyi yang membingitkan telinga.

Seiring dengan gaya hidup yang lebih moden dan misi banyak negara yang mahu mewujudkan bandar hijau, pengeluar jenama automatif dunia nampaknya seperti berlumba-lumba menghasilkan model terbaharu yang lebih terkehadapan.

Terkini, mereka mengimplemenkan revolusi super cas (super charger) yang lebih berkuasa dan sangat dinanti-nantikan untuk pasaran kenderaan tahun hadapan.

Antara jenama terkemuka yang pada awal-awal lagi sudah muncul dengan inovasi kenderaan mini ialah Mini, Volkswagen, Fiat, Toyota termasuk pengeluar kereta mini dari China, Baojun E300. Ikuti perinciannya:

kereta mini elektrik

Mini Cooper SE

  • Harga: Bermula RM218,380
  • Buatan: Jerman
  • Keluaran: Mini

Jentera comel keluaran BMW itu sememangnya cukup popular dalam kalangan peminat jenama Jerman. Ia didatangkan dengan pek bateri 32.6kWh yang mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 270 kilometer (km).

kereta mini elektrik

Selain memiliki ruang dalaman yang cukup memikat, model keluaran terbaharu Mini tersebut mampu memberikan prestasi cukup cemerlang dan pemanduan stabil di setiap selekoh tajam selain pengendalian jentera yang menyeronokkan.

kereta mini elektrik

Apa yang membuatkan ramai teruja, ciri hibrid plug-in yang lebih praktikal menawarkan kemudahan pengecasan tenaga terbaik, selain spesifikasi kedap bunyi yang ditambah baik, sekali gus menyuntik ketenangan dalam setiap pemanduan.

kereta mini elektrik

Volkswagen ID3

  • Harga: Bermula pada harga RM146,462
  • Buatan: Jerman
  • Keluaran: Volkswagen

Model yang ditawarkan dalam tiga varian itu hampir menyerupai model hatchback Golf dan menjadi jentera berkuasa elektrik pertama dalam platform elektrik modular baharu Volkswagen.

Apa yang menarik mengenai Volkswagen ID3 ini, ruang tempat duduknya yang lebih luas dan lapang. Model jenis kompak tanpa enjin itu mampu bergerak sejauh 330 kilometer (km)dengan kapasiti bateri 45kWh.

kereta mini elektrik

Kapasiti ruang dalaman yang sangat praktikal membolehkan paparan sesentuh 10 inci boleh diletakkan di tengah papan pemuka.

Memang hebat dan bergaya!

kereta mini elektrik

Fiat 500

  • Harga: Bermula RM161,283
  • Buatan: Itali
  • Keluaran: Fiat Automobile

Lebih stailo dan moden. Model keluaran terbaharu versi elektrik ini memiliki seni bentuk unik dengan jentera motor elektrik 117bhp dan daya ketahanan pek bateri lithium ion 42kWh.

Iklan

kereta mini elektrik

Jarak pemanduan sehingga mencapai 320km yang direkodkan memberi kelebihan berbanding model pesaing seperti Mini Electric dan Honda E.

Model berkenaan dijangka akan diedarkan di pasaran dunia pada suku pertama tahun depan dengan perincian spesifikasi yang tiada tandingan.

kereta mini elektrik

Ultra-compact BEV

  • Harga: Belum diumumkan setakat artikel ini ditulis
  • Buatan: Jepun
  • Keluaran: Toyota

Model keluaran Toyota direka khas untuk golongan warga emas atau mereka yang baru menerima lesen memandu.

Hanya dua tempat duduk disediakan dan boleh mencapai kelajuan paling maksimum 60km/jam.

kereta mini elektrik

Negara maju yang dipenuhi populasi warga emas yang cukup tinggi itulah yang mendorong pengeluar jenama tersebut mencari penyelesaian terbaik untuk keperluan pengangkutan yang lebih selamat dengan daya ketahanan bateri sejauh 100km sekali cas.

Iklan

Bukan sahaja rekaan yang comel, praktikal dan dikatakan ditawarkan pada harga mampu milik, Toyota dijangka akan melancarkan model terbaharu elektrik itu menjelang hujung bulan ini.

kereta mini elektrik

Baojun E300

  • Harga: Bermula RM40,000
  • Buatan: China
  • Keluaran: General Motors-SAIC-Wuling

Uniknya jentera cilik buatan Tanah Besar China itu persis kereta kawalan jauh yang dilengkapi integrasi ekosistem Xiaomi dan Huawei 5G sehingga ia digelar sebuah kenderaan pintar pertama yang memiliki sistem kawalan suara.

kereta mini elektrik

Jentera bersaiz kurang 3 meter itu mempunyai 39 kuasa kuda dan didatangkan dengan motor magnet synchronous dan pakej bateri lithium 30kWh dengan jangka hayat sejauh 305km. Boleh tahan juga, bukan?

Apa yang lebih mengagumkan, model terbaharu itu dikatakan mampu memuatkan empat penumpang dewasa selain kedudukan pemanduan tepat dan kawalan ergonomik.