SEPERTI yang dinanti-nantikan, HONOR Malaysia akhirnya melancarkan edisi komputer riba terbaharu, HONOR MagicBook 14, sekali gus membuatkan ramai tersenyum lebar.

Lebih menarik, HONOR MagicBook 14 yang dikuasakan duo pemproses AMD Ryzen 5 5500U dan kad grafik bersepadu itu hadir dengan dua rona pilihan iaitu Space Gray dan Mystic Silver.

Varian canggih itu didatangkan dengan dua versi iaitu 8GB RAM + 256GB SSD dijual pada harga RM2,699, manakala 8GB RAM + 512GB SSD ditawarkan pada harga RM2,999.

HONOR MagicBook 14Setiap pembelian, anda akan menerima hadiah percuma berupa beg galas HONOR dan tetikus tanpa wayar yang bernilai hingga RM228.

Apa yang menarik mengenai HONOR MagicBook 14? Berikut 5 sebab yang perlu diambil kira sebelum membeli gajet terbaik tersebut.

1. Rekaan premium ringan ultra-mudah alih.

  • HONOR MagicBook 14 yang diperkemaskan dengan serongan biru membuatkannya nampak bergaya.
  • Gajet yang diperbuat daripada aluminium itu hanya seberat 1.38 kilogram, manakala ketebalannya cuma 15.9 milimeter.
  • Cukup mudah dibawa ke mana-mana dan skrin boleh dibuka selebar 180 darjah sekali gus memudahkan perkongsian tugasan bersama rakan.

HONOR MagicBook 14

2. Paparan skrin FullView melindungi mata.

  • Paparan skrin HONOR MagicBook 14 turut diiktiraf Persijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland.
  • Selain memberikan paparan selesa pada mata dengan pengurangan cahaya biru hingga 50 peratus, HONOR MagicBook 14 didatangi dengan skrin paparan HD FullView untuk memberikan pengalaman visual terbaik.
  • Bezel senipis 4.8mm menjadikan nisbah skrin ke badan mencapai 84 peratus dan paling penting, anda boleh menikmati skrin besar seolah-olah berada di panggung wayang.

HONOR MagicBook 14

3. Kuasa yang dipertingkatkan.

  • Hanya menekan Fn+P, anda boleh mengaktifkan mod prestasi untuk melakukan tugasan berat seperti perisian canggih, mengedit video dan permainan dalam talian dengan kadar pemprosesan data berkelajuan ultra-pantas.
  • Prestasi tiada tandingan itu menjadikan HONOR MagicBook 14 lebih menonjol dan diperkasakan lagi dengan WiFi-6 untuk mencapai jalur frekuensi 5G.
  • Selain itu, ciri jalur lebar 160MHz juga memberikan kelajuan pemindahan tanpa wayar hingga 2400Mbps.
  • Pada masa sama, sistem kipas yang dinaiktaraf sebanyak 36 peratus dan pelepasan haba secara cekap dapat mengekalkan suhu supaya tidak terlalu panas dan tiada bunyi bising.

HONOR MagicBook 14

4. Hayat bateri ultra panjang

  • Selain didatangkan dengan kapasiti bateri berkuasa 56Wh yang mampu bertahan selama 11 jam, anda tidak lagi berdepan masalah untuk menonton drama televisyen kegemaran.
  • Dengan pengecasan pantas 65W, pengguna juga diberikan jaminan pengecasan 65 peratus dalam tempoh sejam, malah kabel Type-C komputer riba ini boleh mengecas mana-mana peranti dengan port USB-C dengan pantas.

Baca juga 7 fakta ini perlu anda tahu sebelum membeli HONOR Magic 3, poin nombor 3 memang wow

5. Pengalaman kehidupan pintar

  • Ciri yang paling ditunggu-tunggu peminat jenama keluaran China apabila fungsi kolaboratif multi skrin membolehkan pindahan fail dengan cara seret dan lepas daripada telefon pintar HONOR 50 saja.
  • Sudah tentunya gelaran ‘teman sejati’ HONOR 50 itu cukup sinonim dengan gajet ini tanpa perlu menggunakan kabel data untuk memindahkan fail.
  • Malah, anda boleh menerima panggilan telefon hanya melalui komputer riba saja. Hebat bukan?

HONOR MagicBook 14

Bagi mereka yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membeli gajet sofistikated tersebut, anda boleh membeli menerusi HONOR Store, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, Senheng Online Store dan juga Stor HONOR Experience di seluruh negara.

Iklan

Pada masa sama, HONOR MagicBook 15 AMD juga sudah tersedia untuk pra tempahan pada harga RM2,499 secara eksklusif di Shopee HONOR Official Store mulai 5 Oktober lalu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jangan bimbang, nikmati zero faedah ansuran selama 18 bulan dengan bayaran serendah RM138 sebulan.

Iklan

Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu bayar deposit sebanyak RM250 bermula 5 Oktober lalu untuk memiliki komputer riba idaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai versi AMD HONOR MagicBook 14 dan 15 AMD, boleh melayari laman web rasmi HONOR di www.hihonor.com atau Facebook di www.facebook.com/HONORMY.