DETIK jam 8 malam tadi menjadi momen bersejarah buat negara apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya secara rasmi mendedahkan model terbaharu yang cukup epik.

Perodua Ativa, model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build itu lebih canggih dengan sistem pemanduan autonomi tahap 2.

Bukan itu sahaja, Ativa juga merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua yang turut menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT). Wow, cukup menakjubkan!

activa

Ada lagi!  Teknologi yang menggunakan kecekapan bahan api sehingga 18.9 kilometer/liter itu menjadikan Ativa sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) kelima Perodua.

Apa yang membuatkan Ativa lain daripada lain adalah sistem pemanduan selamat (ASA) 3.0 menjadikan model sofistikated itu lebih keterhadapan.

Berkongsi berita gembira dan keistimewaan model terbaharu itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Ativa merupakan hasil kerjasama pintar pertama antara Perodua bersama Daihatsu Motor Company of Japan.

activa

“Fitur canggih itu dibangunkan atas platform global kerana Perodua dan Daihatsu telah berjaya menyatukan sumber yang mampu menghasilkan model paling berdaya saing seiring transformasi 3.0.

“Ciri kereta ini lebih terkini berbanding model sebelumnya dan ini hanyalah permulaan untuk sesuatu yang luar biasa dalam usaha mewujudkan ekosistem automotif lestari yang mampu membawa jenama Perodua dan negara ke masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Ativa yang dirasmikan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin secara maya melalui platform Facebook rasmi malam tadi.

zainal abidin

Tambah Zainal Abidin lagi, model baharu yang dilancarkan itu dijual pada harga antara RM61,500 hingga RM72,000 atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia.

“Harga tersebut lebih rendah daripada harga tentatif RM62,500 hingga RM73,400 yang telah diumumkan sebelum ini. Sah sehingga pengecualian cukai jualan kerajaan berakhir pada 30 Jun nanti.

Artikal berkaitan: Wow, kereta pintar pertama Perodua bakal dilancarkan 3 Mac ini!

“Harga Perodua Ativa berpatutan disebabkan kadar komponen tempatan sebanyak 95 peratus, kadar permulaan tertinggi bagi mana-mana model Perodua. Malah, enjin dan transmisinya juga dihasilkan di dalam negara,” katanya.

activa

Iklan

Sementara itu, bercerita mengenai sejarah penubuhan Perodua, Asmat berkata, projek kereta nasional diwujudkan untuk membantu kemajuan negara dari segi teknologi, peluang pekerjaan dan pembuatan.

“Pun begitu, apa yang lebih penting lagi adalah untuk mewujudkan kemampuan dalam industri automotif dan mahu menjadikan ungkapan kereta buatan Malaysia benar-benar membawa makna.

“Inilah misi yang menjadi tumpuan utama. Saya juga berterima kasih dengan bantuan dan sokongan yang diberikan kerajaan bagi membawa jenama Perodua sehingga ke tahap ini,” ujarnya.

activa

Katanya lagi, kereta buatan Malaysia tiada ertinya tanpa sokongan Daihatsu, pembekal dan penjual tempatan yang komited di negara ini bagi memastikan alat ganti berkualiti dan kepuasan pelanggan pada tahap terbaik.

“Saya juga ingin menyatakan dua kumpulan yang merupakan penyumbang terbesar kepada kemajuan Perodua iaitu pertamanya, tenaga kerja yang sentiasa menyahut cabaran dalam memastikan Perodua kekal kukuh dan komited terhadap objektif syarikat.

Iklan

“Kedua, para pelanggan kami dan seluruh rakyat Malaysia yang memberikan sokongan selama lebih 28 tahun. Saya akui perjalanan kami baru bermula dan kami akan memajukan model lebih baik dengan Perodua Smart Build,” katanya.

activa

Jadi, apa lagi yang menarik mengenai Activa? Jom lihat perinciannya:

1. Semua varian juga terdapat enam beg udara
2. Lampu hadapan LED automatik dengan Auto High Beam dan Lane Departure Warning and Prevention.
3. Varian H dan AV mempunyai Adaptive Driving Beam, paparan multi-info TFT tujuh-inci dan sistem infotainment skrin sesentuh sembilan-inci dengan voice recognition.

activa
4. Varian AV secara eksklusif mempunyai Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.
5. Pilihan warna yang ditawarkan untuk varian X iaitu metalik Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue.
6. Varian H didatangkan dengan pilihan warna metalik khas Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red manakala model AV dengan pilihan metalik khas dwi-tona iaitu Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.