Apple teruskan anjakan baharu dengan pembikinan kereta elektrik menjelang 2024, macam-macam reaksi diterima..

APPLE
December 28, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

SYARIKAT gergasi teknologi multinasional Amerika Syarikat, Apple difahamkan akan mengeluarkan kereta dengan teknologi bateri serba baharu menjelang tahun 2024 nanti.

Apa yang menarik, projek yang dikenali sebagai Titan itu memfokuskan pembangunan kenderaan futuristik yang dimulakan sejak tahun 2014 lalu daripada lakaran kasar sehinggalah menumpukan terhadap teknologi perisian.


Menurut laporan Reuters, pemilik jenama terkemuka telefon pintar itu dijangka akan memperkenalkan reka bentuk bateri yang mampu meningkatkan jangkauan kenderaan elektrik.

Laporan itu turut mendedahkan, projek pembangunan kenderaan itu bertujuan untuk keperluan peribadi untuk pasaran semasa yang ternyata berbeza dengan pesaingnya seperti Alphabet Inc’s Waymo yang telah membina robo-taxis untuk membawa penumpang.

Pun begitu, Apple tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya. Namun, apa yang pasti, jenama gergasi itu sedang sibuk melakukan sesuatu.

Iklan

APPLE

Reuters turut memaklumkan, meskipun belum mengenai berita tersebut, namun menurut sumber, syarikat itu dikatakan bergantung kepada rakan kongsi untuk merealisasikan projek berkenaan.

“Ada kemungkinan Apple memutuskan untuk memfokuskan sistem pemanduan autonomi yang akan diintegrasikan dengan model sedia ada dan bukannya pengeluar jenama iPhone itu menjual kereta berjenama Apple .

Iklan

“Ada sumber yang mengatakan, Apple rancak merancang teknologi terkini termasuk sistem sensor LIDAR yang mampu membuatkan kenderaan memandu sendiri seperti perisian yang diperkenalkan pada Apple iPhone 12 Pro dan iPad Pro,” katanya.

APPLE

Banyak versi maklumat yang tular mengenai rancangan unik Apple tersebut yang akan muncul dengan model kenderaan sendiri menjelang empat tahun lagi.

Susulan selepas berita inovasi hebat itu tersebar, apalagi macam-macam komen warganet yang hangat membincangkan isu tersebut di media sosial.

Rata-rata mereka berkongsi reaksi melucukan termasuk tayar, stereng dijual berasingan. Harganya dikatakan boleh pergi balik haji katanya.

APPLE

Tidak kurang juga yang mahu melihat jenama telefon pintar lain yang turut muncul dengan jenama kenderaan sendiri.

APPLEPaling melucukan komen warganet yang mengatakan kenderaan ala futuristik itu barangkali tiada windows. Signal pun dijual berasingan termasuk enjin.

APPLE

Alahai netizan, tidak pernah tidak mengecewakan dengan komen-komen kelakar dan sarkastik!

Siapa yang tidak sabar jika benar Apple bakal muncul dengan jenama kenderaan sendiri?

Tunggu dan lihat ya barangkali ia benar atau hanya khabar angin semata-mata.

Foto UNSPLASH

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman