Bimbang transaksi dalam talian diceroboh, Mozilla VPN boleh bantu kawal privasi digital                

mozila
September 28, 2020
Arziana Mohmad Azaman

MOZILLA baru-baru ini melancarkan Mozilla Jaringan Peribadi Maya (Mozilla VPN) di Malaysia.

Selain Malaysia, Mozilla VPN didapati di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Singapura dan New Zealand.

Dalam satu kenyataan, Mozilla berkata, Mozilla VPN antara lain membantu para pengguna mengawal privasi digital mereka.

“Ia membuat enkripsi dan menambah selapis lagi perlindungan kepada data peribadi dan maklumat di dalam peranti.

mozila

“Contohnya, ia meningkatkan (privasi) bagi transaksi dalam talian dengan menyembunyikan alamat IP dan lokasi pengguna. Perlindungan tambahan ini memastikan komunikasi dan panggilan video dapat dibuat dengan selamat,“ kata Mozilla dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dengan pembaharuan itu juga, pengguna akan memperoleh antara muka yang ringkas dan mudah.

Langganan Mozilla VPN boleh didapati pada harga hanya AS$4.99 (kira-kira RM21) sebulan.

Ia boleh memberi perlindungan sehingga lima buah peranti.

 

 

About Arziana Mohmad Azaman