BMW 330e M Sport dengan teknologi eDrive mesra alam                

    BMW 330e M Sport dengan teknologi eDrive mesra alam                
November 1, 2020
Oleh Arziana Mohmad Azaman

BMW Malaysia memperkenalkan varian kenderaan berelektrik premium terbaharu, BMW 330e M Sport yang lebih sporty dan efisien dengan gandingan teknologi eDrive mesra alam.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pelancaran varian terbaharu itu sebagai bukti kesungguhan dan komitmen pihaknya untuk menggalakkan penggunaan jentera berelektrik di Malaysia sejajar dengan pelan kerajaan untuk memangkin mobiliti lebih hijau.


Apa yang menarik mengenai BMW 330e M Sport terbaharu itu? Bukan sahaja dikuasakan enjin BMW TwinPower Turbo, teknologi XtraBoost yang diperkenalkan membolehkan jentera tersebut merekodkan output maksimum gabungan berjumlah 292kk dan puncak tork bernilai 420Nm.

    BMW 330e M Sport dengan teknologi eDrive mesra alam                

BMW 330e M Sport baharu itu juga mampu membuat pecutan abad dalam masa 5.9 saat dan merekodkan kelajuan tertinggi mencecah 230km/j.

Jentera canggih itu direka untuk membekalkan output sistem yang lebih tinggi hingga mencapai 292kk seterusnya membolehkan ciri XtraBoost diaktifkan melalui suis Kawalan Pengalaman Pemanduan (Driving Experience Control) dalam mod sport.

Iklan

Selain itu, reka bentuk ruang dalamannya menampilkan kemasan trim dengan aluminium Tetragon dan material bumbung Anthracite BMW Individual.

    BMW 330e M Sport dengan teknologi eDrive mesra alam                

Kokpit pemandu juga disempurnakan oleh stereng kulit M, penyaman udara automatik tiga zon termasuk BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan kluster instrumen digital dengan unit paparan kawalan skrin sentuh 10.25 inci.

Iklan

Set roda aloi ringan M 18 dengan penggayaan dwiruji 790 M Bicolour dan tayar ‘runflat‘ memberikan sedan sport berelektrik itu tampak lebih ‘garang‘.

 

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman