BMW Malaysia sekali lagi merancakkan industri automobil negara apabila memperkenalkan BMW 630i GT M Sport baharu untuk pasaran tempatan.

Apa yang menarik, varian terkini dalam BMW 6 Series Gran Turismo Baharu itu nampaknya lebih moden dengan inovasi luar biasa.

Jenama mewah yang cukup gah dari segi prestasi dan keupayaan jarak jauh itu meletakkan jentera grand tourer tersebut dalam kelasnya tersendiri.

BMW 630i GT M Sport baharu

Berkongsi keunikan fitur itu tersebut, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, keunggulan DNA BMW terus diberi nafas baharu termasuk pengeluaran model khas.

“Dengan signatur unik, BMW 6 Series Gran Turismo baharu menduduki kelas yang tiada bandingannya dalam arena automotif, sekali gus memenuhi cita rasa pelanggan moden.

“Sudah tentu kami mementingkan keselesaan jarak jauh dengan keupayaan serba lasak, interior mewah dengan ciri-ciri kefungsian pintar,” katanya yang berharap satu hari nanti semua mampu bergerak bebas.

BMW 630i GT M Sport baharu

Bukan sahaja tampil dengan perwatakan coup mewah dan ruang kabin yang luas, BMW 630i GT M Sport baharu memenuhi segmen pasaran khusus bagi mereka yang ingin menikmati pemanduan sempurna.

Apa lagi yang best? Nah! Berikut perinciannya:

1. Lebih lasak.

BMW 630i GT M Sport baharu yang direka khas itu menawarkan individualiti, estetika dan keselesaan pemanduan yang mengagumkan untuk perjalanan yang panjang.

2. Teknologi laser.

Bagi menjamin tahap kebolehlihatan maksimum ketika memandu, BMW Laserlight dengan ciri bantuan lampu puncak merangkumkan teknologi pencahayaan laser dinamik pada sistem lampu hadapan LED Matrix. Dalam mod lampu puncak laser, jarak capaiannya dipertingkatkan sehingga mencecah 650 meter iaitu dua kali ganda lebih tinggi berbanding lampu puncak konvensional.

BMW 630i GT M Sport baharu

3. Spoiler aktif.

Sesuai dengan kebolehannya sebagai jentera penjelajah berjarak jauh, spoiler belakang berciri aktif disediakan sebagai standard, sekali gus meningkatkan daya turun (downforce) pada paras kelajuan yang tinggi. Spoiler belakang ini akan dinaikkan secara automatik pada kelajuan 120 km/j dan diturunkan semula apabila jentera tersebut diperlahankan sehingga kelajuannya mencecah 80 km/j.

4. Pecutan padu.

Pecutan abad dapat dibuat oleh kenderaan ini dalam masa 6.5 saat sahaja. Penggunaan bahan api direkodkan pada paras 7.3 liter bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100 kilometer.

BMW 630i GT M Sport baharu

5. Interior mewah.

Ruang interior yang luas, serba mewah dengan kerusi yang ditinggikan (sebanyak 5 cm) menjamin perjalanan yang memuaskan selain tahap kebolehlihatan yang bertaraf tinggi. Material bumbung antrasit dan trim fine-wood ash trunkwood dengan kemasan Pearl Chrome menyerlahkan lagi ambien mewah.

Iklan

6. Instrumen digital.

Saiz paparan kawalan dipertingkatkan daripada 10.25 inci kepada 12.3 inci. Set butang kawalan hitam berglos tinggi di konsol sentral dan panel instrumen dalam Sensatec mempamerkan ciri sofistikated dan elegan.

BMW 630i GT M Sport baharu

7. Keselamatan.

BMW Intelligent Personal Assistant memberikan kemudahan peribadi yang membawakan fungsi seperti navigasi, penyaman udara, multimedia dan telefon manakala BMW Gesture Control menawarkan aksesibiliti, lantas meningkatkan ciri kemudahan dan tumpuan pemandu.

Wow! Hebat bukan? Ada empat pilihan rona dinamik untuk peminat jenama buatan Jerman itu seperti Bernina Grey Amber Effect, Mineral White, Carbon Black dan Sophisto Grey Brilliant Effect.

BMW 630i GT M Sport baharu

Iklan

Untuk ruang interior pula, pelanggan boleh memilih Leather Dakota Black atau Leather DakotaCognac yang mana kedua-duanya lengkap dengan sulaman eksklusif serta sisipan material kulit sebagai kontras.

Pasti ramai yang tertanya-tanya harga yang ditawarkan untuk memiliki jentera sofistikated tersebut. Harga bermula RM417,659.05 (tanpa SST) hingga RM430,800 (dengan SST).

BMW 630i GT M Sport baharu

Bagi mereka yang berminat, boleh membuat tempahan di semua pusat pengedaran BMW bertauliah di seluruh negara atau layari platform BMW Shop Online di https://shop.bmw.com.my/.

Selain program pembiayaan dinamik, pemilik jentera BMW 630i GT M Sport baharu bakal menikmati waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun dan servis berjadual percuma.