HONDA merupakan satu jenama kenderaan yang berada dalam kelas dan kelompok peminatnya tersendiri.

Terkini, Honda Malaysia memperkenalkan varian jentera City RS serba baharu yang bakal muncul di pasaran Malaysia pada suku keempat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Toichi Ishiyama berkata, empat varian itu terdiri daripada jenis V dan RS Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD).

Ujar Ishiyama, i-MMD atau dikenali sebagai e:HEV merupakan teknologi hibrid generasi seterusnya yang lebih mesra alam dan efisien.

city RS

“City terbukti menjadi antara model penting dan kegemaran pengguna di Malaysia. Kami berbangga kerana pelancaran model terbaharu City RS ini adalah pengenalan i-MMD pertama di dunia yang diadakan di Malaysia mendahului negara lain.

city RS

“Kami percaya model terbaharu ini akan mengujakan para peminat tempatan lantaran reka bentuknya yang penuh stail, sofistikated ditambah kejuruteraan Honda yang lebih keterhadapan,“ katanya dalam satu kenyataan.

Model terbaharu itu dilihat tidak menghampakan apabila tampil dengan kuasa tork 253Nm. Keupayaan itu sama hebat dengan tenaga yang dihasilkan pada enjin 2.5L Naturally Aspirated.

Iklan

city RS

Selain didatangkan dengan sistem lampu LED hadapan dan belakang serta lampu siang yang canggih, enjin baharu 1.5L DOHC i-VTEC dijangka mampu memberikan keseimbangan prestasi dan penjimatan bahan api.

Ciri baharu lain iaitu Honda LaneWatch dan Brek Parkir Elektrik boleh membuatkan pengguna kagum apabila dikatakan yang pertama diperkenalkan dalam jentera segmen-B di Malaysia.

Iklan

Jentera canggih dengan cermin sisi hitam dan rim aluminium 16 inci dwi-warna itu boleh ditempah dengan tawaran baucar servis bernilai RM1,000 sempena Program Tempahan Awal Istimewa Honda City.