TEKNOLOGI canggih masa kini memungkinkan segala-galanya.

Jika manusia boleh mencipta kereta tanpa pemandu dan robot menyerupai manusia, tidak mustahil robot penghantaran juga.

Ya! Sesuai dengan norma baharu pandemik Covid-19, sebuah model yang dibangunkan syarikat robotik Amerika, Nuro mampu membuatkan peminat piza tersenyum.

robot penghantar piza

Apa tidaknya, robot penghantaran barang dan makanan segera yang dinamakan R2 itu menjadi fenomena baharu dalam servis perkhidmatan pelanggan terus ke rumah.

Lapor motortrend.com, ciptaan comel itu dilihat mampu membendung pelanggan terdedah dengan ancaman wabak virus korona.

Bagi peminat piza yang kurang selesa untuk berkomunikasi dengan penghantar atau merungut penghantaran lewat disebabkan hujan, barangkali perkhidmatan itu boleh difikirkan.

Setakat laporan itu ditulis, servis yang dijalankan Nuro R2 hanya tertumpu di kawasan Houston, Texas sahaja setakat ini.

robot penghantar piza

Mana tahu, selepas ini kawasan penghantaran diperluaskan untuk mereka yang ingin mencuba servis canggih tersebut termasuk di Malaysia.

Apa yang menarik mengenai Nuro R2 tersebut? Berikut perinciannya:

1. Robot mini tersebut sepanjang 274 sentimeter dan ketinggian 186 sentimeter.

2. Model canggih yang turut berkolaboratif Walmart dan Kroger selain Domino’s itu mempunyai berat 1,150 kilogram (kg) dan mampu membawa muatan seberat 190kg.

robot penghantar piza

3. Servis canggih yang diuji beberapa tahun lalu itu mempunyai lesen dan insurans yang sah untuk digunakan di jalan raya pada kelajuan 40 kilometer perjam.

4. Mampu mengesan pergerakan seperti kanak-kanak dan anjing melalui sensor termal pengimejan dan ultrasonik, radar mudah alih dan mikrofon.

Iklan

5. Dikuasakan dengan kapasiti bateri 31kwh dan memiliki keupayaan pemetaan 360 darjah kawasan sekeliling.

robot penghantar piza

Sebelum kemunculan Nuro R2, restoran piza multinasional tersebut juga pernah memperkenalkan teknologi kenderaan penghantaran piza DXP.

Selain robot penghantar, Domino’s juga memperkenalkan Carside Delivery yang sama seperti Domino’s Pizza Pandu Ambil yang dilaksanakan di Malaysia.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana cara untuk menggunakan servis tersebut?

Iklan

Hanya memilih jenis penghantaran pada mana-mana premis yang disenaraikan, tunggu mesej yang dikemas kini sebelum nombor pin diberikan.

robot penghantar piza

Nombor pin tersebut digunakan sebaik sahaja robot penghantaran sampai untuk membuka kod pintu yang ditetapkan.

Mudah sahajakan? Mungkin servis penghantaran tersebut sesuai untuk kawasan perumahan di kawasan bandar.

Bimbang juga robot comel tersebut menjadi mangsa vandalisme atau sebagainya, tetapi tidak mustahil satu hari nanti Malaysia pun ada servis canggih seperti itu.