LEBIH bergaya dan berteknologi tinggi. Begitulah respons positif rata-rata peminat jentera pacuan empat roda terhadap trak pikap keluaran terbaharu, JMC Vigus Pro 4×4 yang nampaknya bakal menembusi pasaran tempatan tidak lama lagi.

Jentera komersial ringan yang dikatakan sudah mencipta rekod cemerlang di pasaran China itu akan diedarkan oleh Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) sebagai pengedar rasmi di negara ini.

Bercakap mengenai keluaran terbaharu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, pihaknya berbesar hati memperkenalkan JMC Vigus Pro 4×4 sebagai pesaing baharu dalam segmen trak pikap.

JMC Vigus Pro

“Jalinan kerjasama ATM bersama Jiangling Motors Co. Ltd. (JMC) selepas 12 bulan bekerja keras akhirnya dapat memberikan aura baharu sekali gus merancakkan pasaran tempatan.

“Justeru, kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga Banyaknya kelebihan basikal lipat, patutlah jadi trend pilihan ramai

Sementara itu, Presiden JMC, Xiong Chunying berkata, pihaknya teruja untuk menawarkan trak pikap versatil dan dilengkapi teknologi terkini untuk pasaran Malaysia.

“Sebagai pengeluar dan pengeksport kenderaan komersial ringan utama di China, saya cukup bangga kerana JMC merupakan jenama kedua paling laris dalam segmen trak pikap bertahun-tahun lamanya.

JMC Vigus Pro

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan ATM sebagai pengedar rasmi JMC Vigus Pro 4×4 dan merakamkan penghargaan kepada Warisan TC atas sokongan untuk menjadikan kerjasama ini satu realiti,” katanya.

Pelantikan tersebut turut memberi hak penuh kepada ATM untuk mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 selain alat ganti serta komponen berkaitan.

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

Meskipun harga belum diumumkan lagi, namun pasti ramai tidak sabar untuk mengetahui ciri terbaik yang ditonjolkan JMC Vigus Pro yang akan diedarkan di 13 cawangan jualan dan servis ATM seluruh negara.

Iklan

JMC Vigus Pro

Apa yang menarik mengenai JMC Vigus Pro 4×4? Berikut perincian:

• Enjin turbo diesel 2.0L TDI 4-silinder dengan VGT.
• Kuasa 141PS (3,600rpm) dan tork 340Nm (1,500rpm hingga 2,600rpm).
• Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mod manual.

JMC Vigus Pro

Iklan

• Sistem 4WD BorgWarner dengan mod 2H, 4H dan 4L.
• Rear Differential Lock daripada Eaton.
• Kamera undur

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Antara ciri lain yang peminat trak pikap perlu tahu sudah tentunya penjimatan bahan api mendahului kelasnya pada 7.8L/100kilometer.

Menarik bukan? Untuk maklumat lanjut boleh layari www.jmcmalaysia.com dan ikuti JMC Malaysia di https://www.facebook.com/jmcmalaysiaofficial atau terus berkunjung ke bilik pameran utama ATM berhampiran anda.