MELIHAT trend pasaran model pacuan empat roda dunia yang semakin berubah kini, pengeluar-pengeluar kenderaan di seluruh dunia nampaknya seperti berlumba-lumba untuk menghasilkan varian terbaik untuk segmen tersebut.

Bagi mereka, reka bentuk moden masa kini bukan sekadar jentera pembawa barang semata-mata, bahkan lebih kepada mentransisikan kenderaan itu menjadi ‘pejabat’ mudah alih dengan teknologi canggih dan kalis peluru.

Antara ciri-ciri lain yang diberi perhatian oleh mereka adalah dari aspek keselamatan, kelajuan di samping reka bentuk yang futuristik.

Berikut lima model trak yang dikagumi dan disenaraikan dalam ranking teratas oleh pemerhati industri automobil dunia bagi tahun ini.

trak ekstrem paling canggih di dunia

1. FORD F150 POWERBOOST HYBRID

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Amerika Syarikat
  • Syarikat: Ford Motor Company
  • Harga: Bermula RM291,374.05

Lebih mantap dan pintar daripada biasa. Model F150 direka khas menjadi lebih canggih dengan teknologi powerboost hibrid selain kekuatan aloi aluminium dan kualiti bingkai keluli yang dipertingkatkan.

Diuji dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) baharu yang pastinya membuatkan peminat jenama Ford lebih teruja.

trak ekstrem paling canggih di dunia

2. RAM 1500 TRX

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Amerika Syarikat
  • Syarikat: Ram Trucks
  • Harga: RM288,370.83

Dikatakan antara jentera pacuan empat roda terbaik dunia dengan kapasiti enjin HEMI V8 6.2L supercharged, kuasa kuda dan tork terbaik dalam kelasnya.

Sistem induksi udara berprestasi tinggi mampu menyaring kotoran dan serpihan empat kali lebih banyak berbanding Ford Raptor, selain memiliki paparan digital dan skrin sesentuh lebih lebar iaitu 12 inci.

trak ekstrem paling canggih di dunia

3. TESLA CYBERTRUCK

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Amerika Syarikat
  • Syarikat: Tesla Inc
  • Harga: RM328,708.60

Jenama Tesla memang dikagumi dunia kerana rekaan yang futuristik. Reka bentuk luaran jenis exoskeleton memang lain daripada lain. Kenderaan hebat itu diperbuat daripada struktur keluli tahan karat Ultra-Hard 30X Rolled Cold dan menggunakan kaca perisai Tesla.

Tidak ubah seperti jentera perisai masa depan kerana ciri keselamatannya yang maksimum, selain dilengkapi teknologi canggih sehingga mampu dikendalikan tanpa pemandu.

Iklan

Sistem pemacu kuasa penuh dengan pusat graviti yang rendah itu, telah memberi kawalan daya tarikan dan tork yang lebih baik, sekali gus memungkinkan pecutan dari 0 hingga 60 mph dalam masa hanya 2.9 saat dengan jarak hingga 500 batu.

trak ekstrem paling canggih di dunia

4. TOYOTA HILUX

  • Tahun: 2021
  • Keluaran negara: Jepun
  • Syarikat: Toyota Motor Corporation
  • Harga: RM181,735.95

Lebih tahan lasak dan kuat. Reka bentuk luaran yang padu dengan bampar depan dan belakang membolehkan pemandu serta penumpang diberi perlindungan maksimum.

Apa yang lebih menarik, sistem pintar seperti bantuan kawalan curam dan Active Traction Control (A-TRC) menjadikan laluan lebih lancar, bahkan Downhill Assist Control akan membuatkan semua yang berada dalam kenderaan akan berasa lebih selamat.

Iklan

trak ekstrem paling canggih di dunia

5. CHEVROLET SILVERADO HEAVY DUTY

  • Tahun: 2021
  • Keluaran negara: Amerika Syarikat
  • Syarikat: Chevrolet Division of General Motors
  • Harga: RM286,663.52

Jentera terbaharu Chevrolet itu mempunyai keupayaan penarik maksimum hingga 16,329.32 kilogram, dengan pilihan tenaga berkuasa berat, teknologi penarik inovatif, keupayaan Silberado HD.

Selain memiliki lebih 15 paparan kamera berbanding pesaing lain, sistem jejak lanjutan segmen pertama itu membolehkan kawalan terus menggunakan aplikasi mudah alih, myChevrolet.

Antara ciri terbaik jentera itu adalah senarai semak prapelepasan, diagnostik lampu luaran, peringatan penyelenggaraan treler dan pemantauan tekanan tayar.