BARU-BARU ini, Microsoft mengumumkan sistem Windows 11 terbaharu yang disifatkan lebih mantap dan bakal memberi pengalaman menakjubkan khususnya kepada generasi muda.

Mana tidaknya, sistem operasi yang lebih praktikal dan selamat itu bukan sahaja dilengkapi Microsoft Store serba baharu, bahkan mampu mengoptimumkan keupayaan dalam pembelajaran dan permainan.

Bukan itu sahaja, sistem canggih itu menampilkan antara muka lebih segar dan pada masa sama, meningkatkan produktiviti pengguna untuk menonjolkan lagi kreativiti dan hasil kerja yang lebih baik.

microsoft windows 11

Berkongsi kecanggihan sistem tersebut, Ketua Pegawai Produk Microsoft, Panos Panay berkata, tempoh 18 bulan lalu mencetuskan perubahan ketara dalam corak dan gaya hidup pengguna terhadap penggunaan PC.

“Pandemik wabak Covid-19 mendorong penggunaan daripada peranti yang praktikal kepada sesuatu yang lebih peribadi. Hakikat inilah yang memberi inspirasi untuk kami membina generasi Windows baharu yang boleh dimanfaatkan lebih bilion pengguna.

“Justeru, dengan Windows 11 mendorong kami untuk membina sesuatu baharu yang mana semua orang boleh mencipta, belajar, bermain dan paling penting, berhubung sesama mereka dengan cara yang lebih baik,” ujarnya.

Buat pengguna Microsoft, mungkin satu berita baik apabila julung kalinya, aplikasi Android boleh didapati dalam Microsoft Store dan pengguna juga boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi Amazon App Store.

Menarik bukan? Hanya perlu klik pada butang start yang terletak di tengah skrin, fail yang sudah digunakan sebelum ini boleh merentasi pelbagai platform dan peranti walaupun dokumen tersebut pada peranti Android atau iOS.

microsoft windows 11

Butang start yang menggunakan kuasa perkomputeran awan dan Microsoft 365 itu membolehkan pengguna menikmati fleksibiliti tetingkap dan pelbagai aplikasi secara serentak dengan menyusun secara bersebelahan pada skrin mereka.

Lebih mengujakan, Windows 11 akan disediakan pada PC baharu selain perkhidmatan naik taraf percuma untuk PC Windows 10 terpilih pada lewat tahun ini.

Apa yang best mengenai Sistem Windows 11 terbaharu? Berikut butirannya:

  1. Lebih pantas.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat penting lebih pantas dengan ciri Widgets yang mana berita terpilih berasaskan teknologi kecerdasan buatan dan pelayar internet terbaik dalam kelasnya, Microsoft Edge.

  1. Lebih selamat.

Direka spesifik sebagai sistem operasi lebih selamat, sesuai untuk kaedah kerja dari rumah dan pembelajaran hibrid. Ini kerana sistem operasinya menggunakan teknologi keselamatan sedia terbina dan dikendalikan berasaskan konsep Zero Trust untuk melindungi data dan capaian pada setiap peranti.

Iklan
  1. Jaminan lebih 150 penyelesaian.

Seperti Windows 10, Microsoft komited untuk menjamin keserasian aplikasi pada Windows 11 dengan App Assure, perkhidmatan yang membantu menyediakan lebih 150 penyelesaian untuk masalah aplikasi tanpa sebarang kos tambahan.

  1. Perkakas sistem penuh.

Windows 11 juga menggunakan sepenuhnya potensi perkakasan sistem, memanfaatkan teknologi permainan terkini dan memberikan pengalaman permainan online menerusi DirectX 12 Ultimate yang membolehkan pengguna menikmati grafik mengagumkan selain DirectStorage (keupayaan memuat naik lebih pantas).

  1. Visual menarik.

Auto HDR membawakan rangkaian warna lebih terang bagi pengalaman visual menarik, selain capaian lebih 100 permainan PC bermutu tinggi khususnya pengguna Xbox Game Pass for PC or Ultimate.

  1. Capaian hubungan.

Windows 11 menawarkan cara lebih pantas untuk berhubung orang tersayang dengan menempatkan Microsoft Teams di palang Taskbar. Keupayaan berhubung menerusi pesanan ringkas, aplikasi sembang, suara atau video tidak kira di mana jua anda berada.

  1. Ekosistem.

microsoft windows 11

Iklan

Menawarkan peluang baharu kepada pereka dan pencipta dengan membina ekosistem Windows 11 yang lebih terbuka dan membawakan lebih banyak aplikasi, permainan, filem, rancangan dan kandungan web kepada pengguna:

i) Pencipta dan aplikasi vendor perisian bebas (ISV) boleh memperkenalkan aplikasi tanpa mengira rangka kerja binaan aplikasi seperti Win32 atau Progressive Web App (PWA).

ii) Perubahan progresif kepada dasar perkongsian hasil Microsoft yang bermaksud pereka boleh menyumbang 100 peratus daripada hasil dagangan mereka.

iii) Pencipta aplikasi masih boleh menggunakan ekosistem perdagangan Microsoft dengan perkongsian hasil kompetitif pada kadar 85/15.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://blogs.windows.com/windowsexperience/2021/06/24/introducing-windows-11/ atau klik di sini.