DAIHATSU (Malaysia) Sdn Bhd mencatat jualan paling tinggi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula bulan Julai dan September tahun lalu sekali gus mencapai lebihan lima peratus sasaran prapandemik.

Meskipun berdepan pasaran tidak stabil disebabkan penangan wabak virus korona, namun jenama keluaran Jepun itu mampu menjual sebanyak 1,410 buah kenderaan dalam tempoh tersebut.

Menurut Pengarah Urusan Daihatsu, Arman Mahadi, prestasi yang cukup membanggakan itu didorong kempen agresif yang dilaksanakan terhadap industri e-dagang, penghantaran dan logistik yang berkembang pesat pada musim pandemik.

daihatsu

“Penambahbaikan perkhidmatan penghantaran sepanjang tempoh PKP selain memastikan pusat servis dalam keadaan siap siaga menjadi faktor kejayaan  jualan dan ini sangat bermakna sempena sambutan ulang tahun ke-40 Daihatsu di Malaysia.

Iklan

“Kami juga optimis untuk mempertahankan momentum pertumbuhan pada tahun ini dengan memfokuskan program selepas jualan yang komprehensif demi mengukuhkan kepercayaan pelanggan,” katanya.

Jenama Daihatsu juga merekodkan pencapaian luar biasa apabila varian Gran Max dinobatkan sebagai model Pick Up nombor satu dalam negara yang mana segmen panel van tersebut mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 26 peratus pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Iklan