NESCAFE, jenama kopi kegemaran Malaysia memperkenalkan Nescafe Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino, variasi produk sedia untuk diminum terbaharu dalam format cawan 250 militer.

Kedua-dua produk itu tampil dalam cawan mesra alam yang direka khas lengkap dengan penutup sippy, menjadikan produk pertama seumpamanya dalam pasaran tempatan untuk segmen ini.

Dihasilkan daripada biji kopi asal tunggal Brazil dan diimport dari Korea, dua minuman baharu itu merupakan produk premium yang menawarkan kenikmatan rasa kopi yang seimbang dalam satu cawan.

Dengan rasa karamel yang lazat dan sentuhan susu berkrim, Nescafe Cup Caramel Macchiato menawarkan pengalaman kopi buat penggemar karamel. Nescafe Cup Smooth Cappuccino pula merupakan adunan espreso yang sempurna diseimbangkan dengan susu berkrim.

nescafe
Dapatkan Nescafe Cup Caramel Macchiato dan Smooth Cappuccino di sini. Variasi produk berkaitan boleh klik Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia sekarang.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad, April Wong berkata, pihaknya sentiasa berusaha mencari idea baharu untuk menerapkan budaya kafe yang popular dalam kalangan belia.

Iklan

“Selain itu, kita juga tampilkan cawan yang mesra alam iaitu dihasilkan 100 peratus daripada pembungkusan plastik yang boleh dikitar semula. Dengan penutup sippy juga, penyedut tidak lagi diperlukan. Ini merupakan alternatif mengurangkan sisa pembuangan sejajar dengan komitmen berterusan Nestle ke arah mencapai sasaran alam sekitar yang lebih mampan,“ katanya.

Nescafe Cup baharu boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven, MyNews dan kedai serbaneka di stesen-stesen petrol yang terpilih di Semenanjung Malaysia.

Iklan