LEBIH ringan dan stailo. Itu gambaran yang diberikan oleh kebanyakan kaki gajet terhadap model terbaharu, OPPO A16K yang dilancarkan baru-baru ini.

Fitur baharu itu nampaknya sudah ditambah baik dari segi hardware yang dipertingkatkan, malah perisian turut dalam paras optimum dengan ColorOS 11.1.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, ciri kamera yang dipertingkatkan dengan kecerdasan buatan (AI) membuatkan potret lebih cantik dan nampak asli.

OPPO A16K

“OPPO A16K mampu menjadi peneman buat mereka yang inginkan kehidupan berbaloi,” kata jenama itu.

Berikut antara perincian yang pembaca SinarPlus perlu ambil tahu:

Reka bentuk dipertingkatkan

  • Reka bentuk lebih ringan iaitu hanya 175 gram sahaja dengan ketebalan 7.85 milimeter.
  • Didatangkan dengan dua pilihan rona dinamik iaitu hitam dan biru.
  • Dilengkapi penutup belakang 3D yang memberikan cengkaman yang licin dan selesa.
  • Paparan 6.52 inci HD+ dan dilengkapi ciri perlindungan mata seperti Sunlight Display, Moonlight Display dan AI Smart Backlight.

OPPO A16K

Sistem dalaman

  • Dikuasakan dengan MediaTek Helio G35 SoC dan sistem Booster.
  • Kapasiti bateri 4230mAh juga dipertingkatkan dengan ciri pengecasan canggih termasuk Super Nighttime Standby, Optimized Night Charging dan Super Power Saving Mode.
  • Selain dilengkapi ColorOS11.1, ciri terbaharu seperti Private Safe 2 dan All-scenarios SOS mampu melindungi privasi pengguna.

Baca juga OPPO A93 sedia kamera berkuasa tinggi sesuai untuk kaki swafoto

Iklan

Kamera menawan

  • Tiga ciri night filters terkini membolehkan pengguna merakam foto dengan tiga gaya.
  •  Turut dilengkapi dengan ciri OPPO’s AI beautification untuk potret yang lebih semula jadi dan terang.
  • Ciri AI Palette membantu mengubah imej lebih stailo dengan satu klik, ditambah SoLoop (aplikasi suntingan video lebih mudah).

OPPO A16K

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Bagi mereka yang berminat, fitur baharu itu sudah boleh didapati di mana-mana outlet rasmi, My OPPO Space pada harga RM549 (3GB RAM + 32GB ROM).

Selain itu, pembelian boleh dibuat di semua pengedar sah di seluruh negara termasuk Shopee dan Lazada.