Percikan nuansa pastel Uniqlo

Koleksi Uniqlo X Ambush
February 15, 2020
Azliyana

LUPAKAN seketika koleksi fesyen nuansa hitam atau coklat yang lazimnya disifatkan warna selamat dalam kalangan wanita. Memasuki tahun 2020, zaman milenium tanpa batasan seharusnya kaum Hawa keluar dari zon selesa. Biarpun rona gelap kekal relevan sepanjang masa, namun itu tidak bermakna wanita harus statik pada imej sama. Justeru, buat mereka yang berjinak-jinak untuk menyarungkan pakaian berwarna, tetapi perasaan malu menebal, usah bimbang, jenama Uniqlo ada solusinya.

Pengeluar pakaian popular dari Jepun tersebut melancarkan himpunan Uniqlo U Musim Bunga/Panas 2020 bermula pada 21 Februari ini. Bertemakan Future LifeWear Essential, koleksi berkenaan direka khas oleh Pengarah Artistik, Christophe Lemaire dengan kerjasama pasukan penyelidikan dan pembangunan di Paris.Sempena musim ini, Uniqlo U hadir dalam palet warna pastel yang menyerlahkan sisi romantis dan feminin si pemakai.

GAUN warna kuning lembut menyuntik sisi feminin dan romantis si pemakai.
GAUN warna kuning lembut menyuntik sisi feminin dan romantis si pemakai.

Selain rona kuning, wanita juga berpeluang memilih warna putih, coklat tanah, merah jambu lembut, kelabu dan jingga pic. Sama seperti keluaran sebelum ini, Uniqlo masih mengekalkan signatur dari segi rekaan yang praktikal.

Potongannya longgar dan polos. Konsep sedemikian secara tidak langsung memberi peluang kepada wanita mempraktikkan suai dan padan bersama aksesori, sepatu dan hijab warna kontra.

Gabungan dua label Bertambah menarik, koleksi Uniqlo U, bukan sahaja menawarkan gaun. Turut dihimpunkan baju-T, blaus, jaket dan celana yang ideal mengisi gerobok golongan wanita yang gemarkan gaya santai dan kasual.

Material digunakan pula berkualiti dan sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Selain tampak kasual digayakan ketika bersantai, koleksi Uniqlo U bersifat ringan juga sesuai dipakai ke kampus atau disusun kemas di dalam bagasi untuk dibawa bercuti.

Dalam perkembangan lain, Uniqlo juga berkolaboratif dengan Pengasas Bersama Ambush, Yoon Ahn antara jenama popular di Jepun pada bulan Januari lalu.

Gabungan dua label berkenaan telah mengeluarkan koleksi pakaian Uniqlo x Ambush yang menerapkan ilustrasi karakter Minnie Mouse Disney. Antaranya baju-T, jaket, seluar, beg silang dan topi dalam rona merah jambu, hijau, putih dan kuning lembut. Bicara Yoon, kerjasama antara jenama Ambush, Disney dan Uniqlo bagaikan mimpi jadi realiti.

“Sudah sekian lama saya mengimpikan kolaboratif seumpama ini. Apatah lagi, saya merupakan peminat tegar jenama Uniqlo,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Baik koleksi Uniqlo U mahupun Uniqlo x Ambush, kedua-dua koleksi berkenaan berada di pasaran bermula pada bulan ini.

HIMPUNAN Uniqlo U ideal digayakan wanita yang gemarkan konsep santai dan ringkas.
HIMPUNAN Uniqlo U ideal digayakan wanita yang gemarkan konsep santai dan ringkas.
Gratitude yummi.club

About Azliyana

Biodata Penulis