Pesawat Zeppelin moden bakal kejutkan industri penerbangan, kapal terbang penuh kontroversi bakal beroperasi menjelang 2025

zeppelin airlander
September 18, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

SETIAP kali bercuti ke luar negara, antara pilihan perkhidmatan pengangkutan udara popular yang sering dipilih oleh majoriti daripada kita semestinya kapal terbang, pesawat ringan mahupun belon panas.

Pun begitu, percaya atau tidak, terdapat pilihan baharu menanti penggemar percutian rare iaitu pesawat Zeppelin serba moden!

Kemajuan teknologi yang semakin canggih memungkinkan segala-galanya, bahkan industri penerbangan mampu berubah seiring permintaan pasaran.

zeppelin airlander

Apabila bercakap mengenai pesawat unik yang digelar ‘punggung terbang’ dek rupa bentuknya yang lucu, rupa-rupanya ramai tidak sabar untuk mencubanya satu hari nanti.

Lapor dailystar.co.uk, pesawat bersaiz gergasi penuh kontroversi itu dikatakan akan dibuka kepada umum menjelang tahun 2025.

Jika dicongak, masih ada tempoh empat tahun lagi pengeluar Hybrid Air Vehicles (HAV), Airlander itu untuk mengotakan janjinya.

Baca juga Wow! Pesawat A380 Singapore Airlines jadi restoran mewah

Menurut laporan portal tersebut, syarikat antarabangsa itu meramalkan akan memiliki tiga kapal terbang bersaiz jumbo untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Iklan

Lagi menarik, pengalaman terbang bersama Airlander barangkali agak berbeza berbanding kapal terbang biasa.

zeppelin airlander

Ini kerana reka bentuk dalaman bagaikan hotel mewah dengan keluasan luar biasa, malah penumpang dihidangkan kejutan menakjubkan sepanjang perjalanan.

Anda semua bakal terkesima apabila melihat terminal pop up pesawat itu. Ia dikatakan bukan saja menjimatkan masa penumpang, malah tidak perlu berjalan jauh ke pintu masuk pesawat.

Pun begitu, penerbangan kasual itu hanya sesuai untuk mereka yang mahu bersantai sambil menikmati pemandangan alam.

Iklan

zeppelin airlander

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tempoh kelajuan pesawat itupun agak perlahan berbanding kapal terbang biasa apabila hanya sekitar 128.7 kilometer (km) perjam berbanding durasi masa biasa 804km perjam.

Memang jauh bezakan? Jadi buat kaki jalan yang suka kepantasan dan tidak suka berada dalam tempoh lama di atas awan, lebih baik memilih pesawat biasa ya.

Meskipun belum mengumumkan harga tiket yang akan ditawarkan, namun ramai tidak sabar untuk melihat pesawat prototaip Airlander itu menjadi kenyataan.

zeppelin airlander

Sekali pandang, teringat filem Up yang popular pada tahun 2009. Pesawat yang dinamakan Spirit of Adventure oleh pemiliknya, Charles F. Muntz itu lebih kurang bentuknya.

Bayangkan satu hari nanti Malaysia memiliki pesawat yang sama, adakah ramai yang mahu menaikinya?

Pilihan penerbangan lebih privasi dan mampu kurangkan jangkitan Covid-19. Jika harga tiket mampu milik dan selamat, apa salahnya tak? #kitajagakita #kitalaluibersama

About Arziana Mohmad Azaman