POCO M3 lebih canggih, sesuai buat jiwa orang muda dan kaki game

pocom3
November 28, 2020

BERITA gembira buat kaki gajet khususnya anak muda apabila telefon pintar keluaran terbaharu POCO Global, POCO M3 ditawarkan pada harga cukup berbaloi dengan spesifikasi lebih canggih.

Hanya ditawarkan pada harga RM599 dan RM699 sahaja, prestasi gajet itu cukup memberangsangkan. Fitur baharu untuk antara lain itu mampu menyimpan gambar, lagu dan video dengan pilihan storan 4GB+64GB dan 4GB+128GB.

Iklan

Bukan itu sahaja, POCO M3 ini dikatakan akan menjadi gajet penting dan paling best buat kaki game apabila didatangkan dengan paparan pintar FHD dan dikuasakan pemproses Qualcomm® SnapdragonTM 662.

pocom3

pocom3

Menurut Ketua POCO Global, Kevin Qiu, pengeluaran telefon pintar terbaharu itu adalah bukti sokongan pengguna seluruh dunia yang cukup luar biasa sejak pengenalan peranti pertama, POCO F1 pada tahun 2018.

“Kejayaan POCO F1 yang mampu terjual lebih 6 juta unit seluruh dunia itu membuktikan falsafah jenama kami iaitu ‘semua yang anda perlukan, tidak ada yang tidak anda perlukan’, memenuhi keperluan pengguna pada harga mampu milik.

Iklan

“Kami akan terus fokus menghasilkan teknologi inovatif kepada pengguna dan seiring falsafah POCO merangkumi sikap yang sentiasa berusaha untuk menjadi berbeza dan yakin, kami berharap dapat terus memberikan teknologi penting dalam dunia yang sentiasa berkembang,” katanya.

pocom3

Apa yang menarik mengenai gajet mampu milik ini? Selain ketahanan daya bateri dengan spesifikasi 6,000mAh yang mampu bertahan untuk lima hari, kaki game boleh bermain permainan atas talian sampai ‘lebam’ .

Bukan itu sahaja, kelajuan pengecasan yang lebih pantas 18W dan konsisten untuk pengguna dengan mod penjimatan bateri ultra MIUI juga menarik, ditambah dengan sokongan pengecasan berwayar terbalik juga meningkatkan keselesaan pengguna.

Kuasa bateri yang cukup mengagumkan itu menurut Ketua Pemasaran Produk POCO Global, Angus Ng, terbukti memberikan pengalaman yang cukup menakjubkan kepada pengguna kerana POCO M3 menawarkan salah satu bateri paling besar dalam industri.

pocom3

Bateri besar ini membolehkan pengguna menghabiskan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang disukai termasuk streaming, mendengar muzik dan merakam video menggunakan triple kamera selain paparan paparan sebesar 6.53 inci IPS LCD.

pocom3

Pilihan warna yang ditawarkan juga menarik apabila gajet serba boleh itu didatangkan dengan rona kuning yang lebih funky, power black yang nampak elegan dan cool blue yang menenangkan.

Rekaan cukup unik dan stailo tersebut lebih selamat dengan ciri keselamatan canggih menggunakan sensor muka untuk buka kunci atau lebih mudah, menggunakan sensor jari di bahagian sisi telefon sahaja.

pocom3

Untuk pembelian juga mudah, hanya kunjungi gedung maya, Xiaomi Official Store Global di Lazada Malaysia untuk mendapatkan butiran lebih terperinci pada harga yang lebih menarik kerana tempahan awal lebih jimat kerana harga ditawarkan hanya RM499 sahaja.

Jadi apa tunggu lagi? Boleh usha POCO M3 di platform Lazada Malaysia sekarang kerana tawaran menarik ini sementara stok masih ada! Jangan ketinggalan.

About Arziana Mohmad Azaman