Pulsar RS200 versi 2021 lebih elegan, mengancam

Modenas Pulsar RS200 versi 2021
April 17, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

NAMPAKNYA, ramai yang teruja dengan kehadiran Modenas Pulsar RS200 versi 2021.

Masakan tidak, ia tampak lebih segar dan elegan dengan reka bentuk grafik dan pilihan rona dinamik.


Model street bike keluaran Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) itu tampil menarik dengan tiga pilihan warna iaitu pearl metallic white, pewter grey kilat dan burnt red matte.

Modenas Pulsar RS200 versi 2021

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, penampilan baharu tertumpu kepada rim aloi putih, kemasan karbon di bahagian hadapan dan fender belakang selain logo Pulsar pada tempat duduk.

“Skema warna dan grafik baharu ini akan menjadi tarikan utama kepada orang ramai terus memilih Modenas Pulsar RS200, khususnya buat mereka yang ingin bertukar kepada motosikal street bike.

Iklan

Modenas Pulsar RS200 versi 2021

“Sejak dilancarkan pada Mei 2017, prestasi varian ini cukup membanggakan. Kami berharap pelanggan akan berpuas hati dengan pilihan warna baru dan reka bentuk grafik yang ditawarkan,” ujarnya.

Apa yang menarik mengenai Modenas Pulsar RS200? Selain dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC-4 injap dengan sejukan cecair, jentera mampu milik itu menghasilkan 24.5PS dan 18.6Nm tork.

Iklan

Modenas Pulsar RS200 versi 2021

Model yang dijual pada harga RM9,990 tanpa insurans dan cukai jalan itu juga menawarkan ABS tunggal yang menggunakan cakera brek 300 milimeter (mm) pada bahagian depan dan 230 mm pada bahagian belakang serta tangki bahan bakar 13 liter.

Selain itu, motosikal tersebut juga dilengkapi dengan penyerap teleskopik pada bahagian hadapan yang dilengkapi dengan antigeseran dan penyerap hentak Nitrox pada bahagian belakang.

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman