BARU-BARU ini tular kembali gambar seorang wanita yang terakam pada paparan aplikasi Google Maps di Lima, Peru yang berlaku curang.

Meskipun gambar itu dikatakan dirakam pada tahun 2013, terbaharu ia kembali tular pada tahun ini selepas viral pada tahun 2018.

Apa yang melucukan, bukan gambar wanita itu saja yang kantoi, ada beberapa foto terakam dalam aplikasi popular itu termasuk seorang suami yang curi-curi menghisap rokok di depan rumah.

kantoi google maps

Barangkali sebelum ini sudah lali ditipu hidup-hidup, si isteri cuba mencari bukti suaminya merokok di hadapan rumahnya menggunakan fungsi siri Street View pada Google Maps.

Lihat saja foto yang tersimpan dalam galeri aplikasi itu melibatkan seluruh dunia termasuk bandaraya ikonik Kuala Lumpur dan tempat tumpuan popular negara.

kantoi google maps

Kehebatan teknologi masa kini boleh membuatkan diri terkantoi secara tidak sengaja.

Boleh tahan canggih teknologi rakaman Street View ini bukan? Bagaimanapun tahukah anda, jenis kenderaan yang digunakan untuk merakam momen di jalanan ini?

Nah! Mari kita lihat apa rupa kenderaan yang digunakan untuk merakam pemandangan laluan di seluruh dunia:

1. Street View car

Street View car

Kenderaan ini tidak asing lagi dan sering dilihat di jalan utama di seluruh dunia untuk merakam laluan penting dalam setiap kawasan.

2. Street view trekker

Street view trekker

Koleksi gambar yang berjaya dirakam menggunakan peranti ini seperti Grand Canyon Arizona yang terkenal dengan kawasan berbatu. Sementara itu di Malaysia, peranti ini digunakan untuk merakam laluan sungai di seluruh negeri.

3. Street view trolley

Street view trolley

Iklan

Okey! Ini pula digunakan di dalam bangunan luas seperti muzium, stadium ataupun pejabat pentadbiran kerajaan.

4. Street view snowmobile

Street view snowmobile

Untuk kawasan pergunungan atau bukit bersalji, kenderaan ini digunakan untuk mengesan laluan bagi memudahkan pendaki menjelajah kawasan tersebut.

5. Street view three-wheller

Iklan

Street view three-wheller

Kenderaan roda tiga jenis ini digunakan untuk membawa street view trekker dalam keadaan lebih stabil dan mengesan jalan yang sempit dan di pelosok.

Baca tu… di celah mana pun anda berada awas ya. Jangan terkantoi macam wanita mencurangi suami atau buat perkara yang tidak-tidak walaupun kelihatan tiada orang lain di sekeliling anda. Menyesal kemudian tiada gunanya…

Apa pun DIA yang lebih tahu dan sentiasa memerhati anda!