Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar

MODENAS Pulsar NS200
October 12, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

TAMPIL dengan pilihan skema warna dan reka bentuk grafik lebih segar, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) baru-baru ini memperkenalkan MODENAS Pulsar NS200 dengan ciri tarikan baharu buat peminat.

Ramai teruja apabila melihat reka bentuk grafik yang lebih mengancam dengan tiga pilihan rona dinamik iaitu Plasma Blue, Burnt Red dan Pewter Grey.

Ciri baharu itu nampaknya berjaya mencuri perhatian kaki motor yang ingin beralih ke segmen motosikal yang lebih besar.

MODENAS Pulsar NS200

Jenama itu dalam kenyataan berkata, motosikal street bike keluaran MODENAS yang pertama kali dilancarkan pada Mei 2017 itu telah terjual lebih daripada 8,000 unit di seluruh negara.

“Secara tidak langsung menjadikan varian berdaya saing itu sebagai salah satu motosikal street bike paling popular dalam negara, lebih-lebih lagi ditambah pilihan skema warna dan grafik lebih segar.

MODENAS Pulsar NS200

Iklan

“Ciri terbaharu itu menambah daya tarikan selain dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan dikuasakan dengan enjin 200cc DTS-i yang menghasilkan kuasa maksimum 18kW serta tork maksimum 18.6Nm,” kata kenyataan itu.

Baca juga Pulsar RS200 versi 2021 lebih elegan, mengancam

Iklan

Bagi mereka yang tertanya-tanya prestasi varian street bike jenis naked tersebut, Modenas Pulsar NS200 menawarkan perjalanan lebih lancar dengan penggunaan bahan bakar yang sempurna.

MODENAS Pulsar NS200Selain itu, varian yang dijual pada harga RM9,655 (tanpa insuran dan cukai jalan) untuk edisi 2021 itu turut dilengkapi dengan penyerap teleskopik hadapan, sesendal atau ‘bush’ antigeseran.

Menariknya, gandingan sistem suspensi belakang jenis gas dari Nitrox itu menawarkan pengalaman menunggang yang mantap dan menyeronokkan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

MODENAS Pulsar NS200Dengan kepelbagaian ciri canggih yang ada pada motosikal tersebut mendorong MODENAS untuk terus melangkah ke hadapan dan memberikan kepuasan terbaik buat pengguna seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.modenas.my atau terus mengunjungi bilik pameran MODENAS sah berhampiran anda.

About Arziana Mohmad Azaman