PLATFORM e-dagang JD.com di Tiongkok, China menggunakan kemudahan teknologi tinggi seperti dron bagi menghantar tempahan produk kepada pelanggan.

Pada masa sama, syarikat terbabit turut melaksanakan khidmat kurier dengan bantuan robot.

Inisiatif yang dilaksanakan secara aktif sejak bulan Februari lalu sehingga kini adalah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat tempatan.

Menerusi perkhidmatan penghantaran dron dan robot, secara tidak langsung mengurangkan sentuhan termasuk penyebaran virus menerusi air liur (batuk dan bersin).

Iklan

Direkodkan, kebanyakan pelanggan menempah makanan ringan, produk elektronik dan barangan keperluan harian.

Iklan

Selain kawasan bandar, perkhidmatan teknologi baharu itu turut menghantar pesanan barangan ke pedalaman seperti Baiyang yang terletak di wilayah Hebei, Tionglok Utara.