Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

PARA penyelidik Universiti Furtwangen di Jerman menggelar span pinggan mangkuk sebagai inkubator mikrob.

Mereka mendapati, secebis span yang bersaiz sebutir gula mampu menempatkan sebanyak 54 bilion bakteria! Seram bunyinya, kan?

Barangkali disebabkan ‘penemuan’ itu, ada pilihan menarik buat suri rumah untuk menggunakan penyental basuh pinggan yang lebih selamat dan bersih.

Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge diperkenalkan agar perkakas dan dapur setiap pengguna di Malaysia sentiasa bersih.

span penyental
DAPATKAN pelbagai pilihan span penyental untuk memudahkan kerja suri rumah di sini. Klik Shopee Malaysia untuk butiran lebih lanjut.

Bukan sahaja tahap kebersihan, malah varian penyental yang bersifat kalis calar itu juga dapat melindungi perkakas daripada kesan calar dan kerosakan lain ketika mencuci.

Berikut merupakan ciri-ciri Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge yang kini boleh didapati di pasaran:

1.Dapat dibilas bersih
Partikel makanan yang melekit seperti telur dan keju boleh dibilas dengan mudah.

2.Menyental dengan pantas
Bukan seperti penyental konvensional, Scotch-Brite Scrub Dots Scouring Sponge mampu membuang kotoran degil dengan mudah.

Iklan
span penyental
DAPATKAN pelbagai pilihan span penyental untuk memudahkan kerja suri rumah di sini. Klik Shopee Malaysia untuk butiran lebih lanjut.

3.Kekal bersih
Berbekalkan ciri-ciri kerintangan antimikrob, penyental baharu itu mampu membantutkan pembiakan bakteria, jadi ia bebas bau hapak yang dikeluarkan oleh bakteria.

4.Aneka variasi
Varian kalis calar khas direka untuk perkakas kalis lekat dan kaunter dapur. Sementara varian tahan lasak sesuai digunakan untuk menghapuskan kotoran yang lebih degil.

Iklan

Jadi, untuk memastikan span penyental kekal bersih, pastikan anda memerah span sehingga kering selepas digunakan.

Jika dibiarkan basah dalam jangka masa panjang, bakteria dapat membiak dengan lebih mudah.

Jangan lupa amalkan demi persekitaran bersih dan selamat. Dalam rumah pun kena bersih-bersih juga tau!