ADAKAH anda akan marah jika rakyat Malaysia dilabelkan sebagai pembazir? Masakan tidak, sisa makanan yang masih elok namun dibuang begitu sahaja wajar diberikan perhatian serius lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan!

Hakikatnya, jika merujuk statistik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dianggarkan sebanyak lebih 15,000 tan sehari sisa makanan dibuang secara purata yang mana seorang penduduk menyumbang sebanyak lebih 1.64 kilogram (kg) sehari.

Bukan itu sahaja, sebanyak 49 peratus sampah yang dibuang adalah terdiri daripada sisa organik yang mana boleh dikompos menjadi baja namun dibuang di kawasan pembuangan sampah.

Laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menunjukkan, sektor isi rumah menghasilkan kira-kira 44.5 peratus sisa makanan manakala perindustrian, perdagangan dan institusi pula sebanyak 31.4 peratus.

Menurut statistik laporan daripada Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pula, sebanyak 16,668 tan sehari sisa makanan yang dibazirkan oleh isi rumah yang boleh mencecah sebanyak 6.1 juta tan makanan setahun.

Jumlah pembaziran itu dikatakan mampu menampung 2.2 juta orang untuk keperluan tiga kali sehari. Cukup menyedihkan, bukan?

kompos
PENGURUSAN Sunway Resort Hotel & Spa juga mempraktikkan cara pengurusan sisa makanan kepada baja kompos menggunakan teknologi Maeko.

 

Atas justifikasi itu, Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd (Maeko) merintis teknologi pengkomposan mudah untuk pengurusan sisa makanan yang lebih efektif dan selamat.

Menurut Pengarah Jualan Maeko, Mae Ooi SL, pihaknya merintis teknologi dengan gabungan kepakaran bidang bioteknologi, kejuruteraan mekanikal dan pemasaran untuk membantu menyelesaikan isu sisa makanan negara.

“Sudah menjadi agenda utama kami untuk menyelesaikan sisa makanan yang ‘mengambil’ ruang di tapak pelupusan dan pasa masa sama, meracuni bumi dalam senyap.

 

ALEX CASTALDI

“Selepas hampir sedekad penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan, Maeko berjaya mencipta teknologi pengkomposan paling canggih di rantau Asean bahkan sudah dipatenkan,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai teknologi itu katanya, mesin kompos sisa makanan Maeko mengandungi sistem pengkomposan komersial ‘semua dalam satu’ yang boleh mengurangkan jumlah sisa makanan sebanyak 80 peratus dalam tempoh masa 24 jam.

“Mesin kompos tersebut berupaya mengurai semua jenis sisa makanan dalam persekitaran aerobik menggunakan parameter terkawal seperti suhu, agitasi dan aliran udara.

“Komposter Maeko tertanam dengan unit penghancur yang direka khas yang membantu memendekkan tempoh pengambilan yang biasanya agak panjang hingga 24 jam sahaja,” katanya yang memaklumkan inovasi itu menjadikan Maeko membentuk mesin canggih di dalam industri pengkomposan sisa makanan.

kompos
MESIN kompos bersaiz 300 liter tersebut digunakan untuk memproses sisa makanan melibatkan tiga hotel di Bandar Sunway.

 

Terang Ooi SL, setiap unit mesin kompos juga mempunyai pengudaraan canggih dan sistem penapisan bio-enzim yang menggalakkan penghapusan bau tidak menyenangkan.

“Untuk setiap proses kompos, pengguna boleh membuang semua jenis sisa makanan termasuk buah, sayuran, bijirin, tenusu, daging, tulang ikan, kulit telur dan kerang  sama ada mereka dimasak atau tidak dimasak.

“Saiz mesin kompos boleh menampung kapasiti bermula 30 liter (260 kg) sehingga 500 liter (2,800 kg) mengikut utiliti komersial yang ditawarkan,” bicaranya kepada e-Trend baru-baru ini.

Sisa industri

Iklan

Bercerita lebih lanjut, teknologi sofistikated tersebut digunakan dalam komposer komprehensif dalam mana-mana industri yang menghasilkan sisa makanan seperti hotel, pasaraya, institusi pendidikan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Usahasama bersama Sunway Resort Hotel & Spa juga terjalin apabila pihak berkenaan membeli mesin kompos bersaiz 300 liter untuk keperluan tiga hotel yang ada di kawasan ini, kata Ooi SL.

“Kami akan memberikan khidmat penyelenggaraan untuk tempoh yang ditetapkan manakala kakitangan hotel menjalankan operasi dan memuat masuk sisa makanan ke dalam mesin.

“Bukan sahaja di hotel, institusi pendidikan seperti beberapa sekolah juga sudah implemen model yang sesuai untuk keperluan mereka bahkan kami merancang untuk memperluaskan pemasaran,” tambahnya.

Bukan hanya memfokuskan manfaat utama pelaksanaan mesin kompos, Ooi SL mahu meningkat kesedaran semua pihak dalam membantu menyelesaikan isu limpahan sampah sisa makanan di tapak pembuangan.

kompos
SISA makanan buangan yang diuruskan pihak hotel lebih efisien.

 

Iklan

“Semua pihak termasuk kerjasama badan korporat amat penting. Perancangan kami bukan tertumpu kepada isu menambah baik saiz mesin tetapi bagaimana untuk menyemarakkan usaha murni ini.

“Saiz boleh scale up atau down, tetapi apa yang paling utama adalah kesedaran. Jangan sampai sampah sudah melambak secara kritikal, baru mahu implemen mesin kompos?,” soalnya.

Apa yang pasti, usaha Maeko tidak terhenti begitu sahaja apabila menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

“Kami bekerjama untuk merencana perancangan terbaik dalam pengurusan sisa makanan dan bekas plastik boleh kompos yang sering digunakan rangkaian restoran makanan segera.

“Kerjasama yang baharu sahaja dijalinkan tahun ini menjadi hala tuju ke arah zero sisa makanan untuk jangka masa panjang,” katanya yang optimis dengan usahasama tersebut.