ERA pandemik Covid-19 turut mendorong rata-rata pengeluar automotif berkerja keras untuk mempertingkat dan menambah baik elemen keselamatan pada jentera masing-masing.

Virus Covid-19 yang melanda di peringkat global telah membuatkan mereka berfikir di luar kotak demi memenuhi kehendak pengguna semasa yang semakin memilih dan teliti.

Jenama kenderaan terkemuka dunia terutamanya dilihat semakin memperhebatkan sistem pembersihan dalam sesebuah jentera dengan teknologi saringan udara berkeperluan tinggi (HEPA) yang dikatakan mampu menyingkirkan zarah bahaya.

sistem pembersihan udara canggih

Lagi hebat, wujud fungsi canggih seperti mod bahaya (biohazard) dan sistem pertahanan biosenjata (bioweapon) yang mampu mengesan partikel halus virus korona.

Harga kenderaan yang mempunyai kriteria tersebut sangat tinggi.

Namun demikian, masih terdapat varian kenderaan yang ditawarkan pada harga mampu milik yang turut dilengkapi dengan sistem saringan udara canggih bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Justeru, pada minggu ini, SinarPlus kongsikan lima kenderaan yang mempunyai teknologi baharu yang bakal mendapat sambutan hangat.

sistem pembersihan udara canggih

1. Roll Royce Ghost

  • Tahun: 2020
  • Keluaran: Rolls-Royce Motor Cars (England)
  • Harga: Bermula RM1.45 juta

Jenama premium cukup gah itu menampilkan teknologi penapisan NanoFleece yang membantu mewujudkan persekitaran mikro paling bersih dalam varian serba baharu.

Selain itu, System Rolls-Royce Micro Environment Purification System terbaharu turut dilengkapi sensor pengesan kotoran termasuk debu halus untuk memberikan keselamatan kesihatan kepada pengguna. Hebat bukan?

sistem pembersihan udara canggih

2. Jaguar Range Rover

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Jaguar Land Rover (England)
  • Harga: Bermula RM1.4 juta

Satu lagi jenama England yang dikatakan kenderaan pelbagai guna terbaik dunia. Ia bukan sahaja hebat dari segi kecekapan pemanduan, bahkan memiliki teknologi pembersihan udara dalam kabin.

Sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udaranya menggunakan teknologi Nanoe X Panasonic difahamkan mampu membasmi virus Covid-19 hingga 97 peratus.

Iklan

Kenyataan itu bukan dikeluarkan secara semberono, sebalik ia dibuktikan dalam kajian organisasi penyelidikan global, Texcell. Pasti ramai tidak sabar untuk menunggu fitur itu diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

sistem pembersihan udara canggih

3. Tesla Model X

  • Tahun: 2021
  • Keluaran: Tesca Inc (Amerika Syarikat)
  • Harga: Bermula RM379,692.65 hingga RM506,777.76

Jenama kenderaan elektrik paling glamour dengan rekaan futuristik itu mengejutkan industri automotif apabila memperkenalkan mod biobahaya dan sistem pertahanan biosenjata dalam teknologi HEPA.

Lebih menarik, ciri baharu berkenaan berupaya mengesan sekurang-kurangnya 99.99 peratus zarah, gas beracun, bakteria dan virus termasuk Covid-19.

Iklan

sistem pembersihan udara canggih

4. BMW 5, 6, M dan X Siries

  • Tahun: 2020
  • Keluaran: Bavarian Motor Works (Jerman)
  • Harga: Bermula RM323,980 hingga RM729,800

Tidak mahu ketinggalan dalam lonjakan teknologi automotif serba canggih, jenama mewah terkemuka Jerman itu sudahpun memperkenalkan teknologi penapisan udaranya sendiri sejak tahun 2020.

Teknologi Penapisan NanoFiber serba baharu itu digandingkan Teknologi Pengukuran Kualiti Udara BMW bagi mengaktifkan mod Cabin Air Flush hanya melalui aplikasi BMW ConnectedDrive. Udara bersih dapat diperoleh dalam  tempoh kurang tiga minit!

sistem pembersihan udara canggih5. Proton X70

  • Tahun: 2020
  • Keluaran: Proton (Malaysia)
  • Harga: RM94,000 hingga RM122,800

Siapa kata kereta nasional tidak secanggih jenama luar negara? Proton Intelligent Air Purification System merupakan ciri khas yang terdapat pada Proton X70.

Sistem tersebut menggabungkan kelebihan (sistem) penapisan kabin N95 dan pembersihan yang lebih komprehensif untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kenderaan, seterusnya menghalang 99.97 peratus asap debu, bakteria dan bahan pencemar lain.