PADA 1 Jun lalu, PUBG Mobile memperkenalkan tema Hutan Misteri dengan ciri-ciri terbaharu ke dalam peta hutan tebal Sanhok pada mod permainan taktikal klasik.

Kemas kini bertemakan hutan tersebut bakal membawa pemain merasakan pengalaman baharu yang menyeronokkan dalam medan pertempuran penuh sengit.

“Pemain yang memilih peta Sanhok dalam Mod Klasik berpeluang untuk mengaktifkan dan memasuki Mod Pengembaraan Hutan secara rawak yang menampilkan beberapa totem misteri untuk mendapatkan pelbagai item berbeza,” kata PUBG Mobile dalam satu kenyataan kepada SinarPlus baru-baru ini.

Iklan
Iklan