LENOVO baru-baru ini mengumumkan model komputer riba, ThinkBook sudah boleh dinaik taraf ke Windows 11 secara percuma.

Antara model yang disenaraikan adalah seperti ThinkBook 13s Gen 2 (Intel), ThinkBook 14 Gen 2 (Intel), ThinkBook 14p Gen 2, ThinkBook 14s Gen 2 (Intel), ThinkBook 14 Gen 2 (AMD), ThinkBook 15 Gen 2 (Intel), ThinkBook 15 Gen 2 (AMD), ThinkBook 15p Gen 2 (15″ Intel), ThinkBook 16p Gen 2 (AMD) dan ThinkBook Plus Gen 2.

Fitur baharu yang dibangunkan khas untuk segmen perniagaan moden itu direka dengan bentuk lebih stailo dan diberi kelebihan untuk menambah baik perisian terkini.

lenovoBaca juga Kerja lebih mudah dengan ThinkBook Plus

Lenovo dalam satu kenyataan menyebut, perisian Windows 11 membantu pengguna menjadi lebih kreatif dan produktif lebih-lebih lagi dunia kini beralih kepada suasana kerja hibrid, pembelajaran, perhubungan atau pun bermain permainan secara dalam talian.

Iklan

“Ciri baharu yang ditampilkan juga meningkatkan kesinambungan perniagaan dengan ciri berbilang tugas dalam Windows 11, selain mod pembatalan bunyi kecerdasan buatan untuk model terpilih,” kata jenama itu.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://www.lenovo.com/thinkbook.

Jangan lupa follow kami di Instagram!