ANGKA-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) mengembangkan portfolio kenderaannya selepas dilantik oleh Jiangling Motors Co Ltd (JMC) sebagai pengedar rasmi trak pikap, JMC Vigus Pro 4×4 di Malaysia.

Kerjasama di antara ATM dan JMC dimeterai selepas kedua-dua pihak menandatangani perjanjian Perlesenan Teknologi Kenderaan pada 1 Julai 2020.

JMC telah memberi hak penuh kepada ATM untuk mengilang, memasang dan menjual trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 serta alat ganti, termasuk komponen berkaitan.

JMC Vigus Pro

ATM juga merancang untuk menawarkan JMC Vigus Pro menerusi 13 cawangan jualan dan servis di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng berkata, trak pikap JMC Vigus Pro 4×4 yang bergaya dan berteknologi tinggi itu sudah membuktikan keupayaannya di pasaran China.

Baca juga Land Rover Defender 110 dengan seni bina kejuruteraan D7x, diiktiraf jentera terbaik dunia

“Kami tidak sabar untuk berkongsi produk baharu ini dengan peminat trak pikap di seluruh Malaysia,” katanya.

Iklan

JMC Vigus Pro ditawarkan pada harga RM98,888 hingga RM100,888  (di atas jalan tanpa insurans)  dan dijangka diedarkan kepada pelanggan bermula akhir bulan ini.

JMC Vigus ProBerikut perincian ringkas mengenai JMC Vigus Pro 4×4:

  • Sports bar bersama lampu brek ketiga, pemijak sisi, cermin sisi boleh dilipat secara automatik dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.
  • Dilengkapi dengan enjin turbo diesel 2.0L Puma TDI 4-silinder dengan VGT, pengecas turbo geometri boleh ubah, intercooler.
  • Kuasa 141PS (3,600rpm) dan tork 340Nm (1,500rpm hingga 2,600rpm).
  • Transmisi automatik ZF 8-kelajuan dengan mode manual.
  • Penjimatan bahan api mendahului kelasnya pada 7.8L/100 kilometer (km).
  • Fungsi pemanas pada cermin sisi.
  • Mempunyai brek kenderaan automatik dengan laluan curam hingga 8km/jam.
  • Terdapat empat pilihan warna iaitu coklat, putih, perak dan hitam dengan jaminan selama tiga tahun/100,000km.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Pelanggan boleh melihat JMC Vigus Pro dari dekat di bilik pameran utama ATM di Klang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jmcmalaysia.com.