BAGI menghargai petugas barisan hadapan, Perusahaan Otomobil Malaysia Sdn Bhd (Proton) memperkenalkan program Perlindungan Credit Shield yang menawarkan perlindungan insurans peribadi sehingga RM50,000 selama lima tahun.

Ia merangkumi insurans kematian, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal kepada kumpulan itu yang membeli mana-mana model Proton.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, pengorbanan para petugas barisan hadapan menangani Covid-19 Malaysia sangat tidak ternilai.

“Kami berharap tawaran yang diberikan sedikit sebanyak dapat menunjukkan penghargaan terhadap jasa mereka,“ katanya.

Bermula pada bulan ini juga, para pelanggan yang membeli Proton X70, layak untuk menikmati pembiayaan percuma bagi tahun pertama, tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari  https://www.proton.com.   

Iklan