SEMALAM, Xiaomi melancarkan tiga model terbaharu, siri Mi 10T yang dikatakan terbaik dalam kelasnya tersendiri.

Ia bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, malah untuk golongan profesional mahupun kaki gaming.

Varian sofistikated Mi 10T yang terdiri Mi 10T Pro, Mi 10T dan Mi 10T Lite itu masing-masing dilengkapi dengan 20MP dan 16MP paparan kamera hadapan selain tetapan kamera 108MP dan 64MP di bahagian belakang.

Mi 10T Pro

Didatangkan dengan ciri canggih termasuk paparan AdaptiveSync dan processor, model keluaran syarikat multinasional elektronik China itu juga tidak mengetepikan keupayaan bateri yang lebih tahan lama.

Ciri ini memang semua orang mahukan selain penghasilan rakaman foto yang ummpphh!

Mi 10T Pro

Dalam satu kenyataan, Xiaomi berkata, pihaknya melancarkan model trio tersebut untuk pasaran global bermula pada harga EUR 279 ( kira-kira RM1,363) hingga EUR649 (kira-kira RM3,172) yang dikatakan lebih canggih berbanding model sebelum ini.

Untuk pasaran Malaysia dijangka akan dilancarkan pada minggu depan, 6 Oktober nanti. Pastinya, ramai tidak sabar menunggu keluaran terbaharu Xiaomi yang terkenal dengan jolokan trikamera terbaik dunia itu.

Spesifikasi Mi 10T Pro:

Mi 10T Pro

  • Model paling premium yang dilengkapi tetapan trikamera dengan 108MP utama, 13MP sudut lebar dan 5MP makro.
  • Ia juga hadir dengan Optical Image Stabilization (OIS) dan menyokong rakaman video 8K.
  • Peranti ini ditawarkan dengan dua varian storan iaitu RAM 8GB/128GB dan 8GB/256GB.
  • Selain dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5, bateri pada saiz sebesar 5,000mAh mampu menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C.

Spesifikasi Mi 10T:

Iklan

Mi 10T

  • Bagi model pertengahan, Mi 10T juga memiliki ciri tetapan tiga kamera dengan 64MP selain 13MP sudut lebar dan 5MP makro.
  • Sama seperti Mi 10T Pro, peranti ini lengkap dengan sokongan rakaman video 8K selain dua pilihan storan iaitu RAM 6GB/128GB dan 8GB/128GB.
  • Saiz bateri sama seperti 10T Pro, cip pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 865 dipadankan dengan pembesar suara adalah jenis stereo dengan pengiktirafan Hi-Fi.

Spesifikasi Mi 10T Lite

Mi 10T Lite

Iklan
  • Model paling mampu milik yang didatangkan dengan desain hampir sama Mi 10 Lite tetapi dengan ukuran dimensi lebih besar iaitu 165.38mm x 76.8mm x 9.0mm pada berat 214.5 gram.
  • Dilengkapi cip pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 750G dan model ini turut dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5

Mi Watch

Tidak lupa, gajet jam pintar Mi Watch juga diperkenalkan sebagai nilai tambah varian terbaharu Mi 10T. Lebih sporty dengan  paparan panel AMOLED selain ciri 117 mod latihan, enam sensor dan GPS.

Jam pintar ini lebih ringan dan tahan lama. Jangka hayat bateri sehingga 16 hari ternyata luar biasa selain 100 paparan skrin yang menarik.

Menarikkan? Jika tidak mampu untuk membeli model premium, tidak salah mencuba varian lain kerana ada harga mampu milik ditawarkan buat peminat jenama telefon pintar ini.