BAYANGKAN, duduk di rumah bersama anak kecil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara 18 Mac hingga 14 April depan bukan tugas yang mudah.

Nama pun anak-anak haruslah bermacam ragam dan kerenah. Ingin dibawa bermain ke taman permainan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Jadi bagaimana caranya untuk menghiburkan hati si kecil supaya mereka tidak kebosanan?

Memahami situasi tersebut selebriti kelahiran Palembang, Indonesia, Tya Arifin berkongsi tip ringkas yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP menerusi laman sosial Instagram beliau, @tyaarifinnw.

tya arifin
TYA (kiri) memanfaatkan masa berkualiti sepanjang tenmpoh PKP bersama suami, , Asyraf Khalid dan dua cahaya mata di rumah.

Pada masa sama, ibu kepada Arif Jiwa Asyraf Khalid dan Azzahra itu turut berkongsi idea kecantikan khas untuk para ibu tanpa perlu menunggu pusat kecantikan memulakan operasi kembali.

Tutur Tya yang merupakan menantu kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin: "Kita bisa (mampu) membantu mengurangi Covid-19 dengan duduk di rumah. Lagipun pelbagai kerja boleh dilakukan."

Tip Tya:
1. Memandangkan sebelum ini para ibu bapa sibuk dengan kerja di pejabat ataupun tugas luar, maka gunakankan kesempatan PKP untuk meluangkan masa bersama famili.

Iklan

2. Gunakan kesempatan ini memasak variasi menu mengikut cita rasa suami dan anak-anak. Inilah masanya mengeluarkan skil yang disimpan dek kesibukan kerja.

tya arifin
TYA melakukan aktiviti barbeku di halaman kediaman beliau sambil ditemani, anak sulungnya, Arif.

3. Selain bermain bersama anak dan memasak, aktiviti mengemas rumah juga boleh dilakukan.

4. Bagi mereka yang bekerja dari rumah atau menjalankan bisnes sementara anak-anak berehat gunakan peluang itu untuk mencari idea dan strategi. Fikiran lebih tenang.

Iklan

tya arifi

5. Ingat! walaupun sibuk menguruskan rumah tangan golongan wanita perlu mencuri masa untuk mencantikkan diri. Antaranya melakukan sesi rawatan kuku kaki dan tangan, berlulur ataupun menyapu masker pada kulit wajah.

6. Wanita yang gemar bersolek try and error teknik dan solekan baharu. Kemudian, bergambar untuk koleksi peribadi.

7. Bulan Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi. Justeru, alang-alang di rumah bersesuaian untuk anda ganti puasa.

Foto: Instagram @tyaarifinnw